30 kawasan putus hubungan di Kuala Krai
PEMANDANGAN udara penempatan yang ditenggelami air di Tumpat, Kelantan, semalam. – MINGGUAN/Hafiz Johari
Info Banjir: Empat kawasan Paling kritikal di Kelantan |KOTA BHARU 29 Dis. – Jawatankuasa Bencana Banjir negeri kini memberi tumpuan untuk operasi menyelamat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di empat kawasan yang kritikal iaitu Tanah Merah, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat.
Secara keseluruhannya keadaan banjir di negeri ini masih meruncing termasuk di Kuala Krai dan Gua Musang biarpun air mula menunjukkan sedikit penurunan.