Di bawah kami kongsikan kepada anda gambar-gambar yang mana diambil pada saat berlakunya sesuatu peristiwa yang benar berlaku di seluruh dunia(bukan lakonan semula)
Ia diistilahkan sebagai Historical Moments atau dalam istilah Bahasa Melayu yang membawa maksud detik-detik bersejarah. Mungkin di sebalik gambar yang kami paparkan ini terselit pelbagai mesej dan pengajaran yang berguna untuk kita semua..
Gambar di atas menunjukkan seorang lelaki tua, beliau ialah seorang veteran Perang Dunia II dari Belarus. Bernama Konstantin Pronin, kini usianya telah menjangkau 86 tahun. Berehat di sebuah bangku sambil menungu rakan-rakannya di Taman Gorky. Gambar ini diambil sempena Hari Kemerdekaan di Moscow, Rusia pada 9 Mei 2011. Konstantin datang ke tempat ini setiap tahun bersama rakan-rakan seangkatan dengannya, kini hanya tinggal beliau seorang diri disitu kerana rakan-rakannya ada yang telah meninggal dunia.