Friday, 28 November 2014

Hadir Ke Malaysia, Rain Berlagak Diva Dengan Peminat?




Kunjungan penyanyi dan pelakon popular Korea Selatan, Rain di ibu negara untuk menghadiri sebuah majlis fesyen pada Khamis mendapat sambutan hangat oleh peminatnya.

Namun apa yang mengecewakan ada berita yang kurang menyenangkan mengenai perangai superstar yang popular menerusi drama bersiri ‘Full House ‘itu.

Menerusi ruangan Murai Batu di portal Murai, Rain atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon dikatakan berperangai ‘diva’ sehingga melupakan peminatnya yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk merakamkan kemunculannya.

Bukan itu sahaja malah Rain juga kelihatan kurang selesa dan khabarnya superstar itu terkejut dengan kehadiran seorang peminat yang secara tiba-tiba meminta untuk bergambar bersamanya dan akhirnya dia telah mengambil keputusan untuk meninggalkan majlis berkenaan lebih awal.



Mungkinkah perubahan pada air muka Rain ini telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak?

Akibat daripada tindakannya itu, acara yang sepatutnya berjalan lebih panjang akhirnya berakhir lebih awal.

Sebelum ini penyanyi berusia 32 tahun itu terkenal dengan sikapnya yang sentiasa tersenyum dan ramah melayan peminat.

Mungkin Rain mempunyai alasan yang tersendiri mengenai insiden tersebut.

No comments:

Post a Comment