
Linda dan Mawar bekerjasama untuk koleksi terbaharu tudung jenama Fareeda.
PETALING JAYA: Pelakon Linda Rafar terkilan dengan sikap segelintir pihak yang menuduhnya riak apabila memuat naik gambar sekeping cek bernilai RM15,000 yang diterima daripada Mawar Abdul Karim yang juga anak pengasas tudung jenama Fareeda kerana mengadakan kerjasama dengan mereka baru-baru ini.
Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 37, berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat tidak baik seperti mana didakwa sebaliknya hanya ingin melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada pihak Fareeda.
"Kebetulan hari tersebut adalah hari jadi saya dan saya memuat naik gambar cek berkenaan semata-mata ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak tersebut kerana terlalu gembira dapat hadiah.