KL, 3 APRIL 2015: Sejak mula ditayangkan diseluruh dunia, filem terbaru dari antara franchais filem paling berjaya pernah dihasilkan, Fast & Furious 7 terus menjadi topik perbualan ramai khususnya peminat filem ini.
Antara yang hebat diperkatakan adalah penampilan Paul Walker di dalam filem terakhir lakonan aktor tersebut sebelum meninggal dunia dalam kemalangan pada November 2013. Ketika itu Paul baru sahaja dua bulan berada di lokasi namun filem ini masih mampu dihabiskan.
Sebenarnya proses menghidupkan semula Paul Walker telah melibatkan beberapa pelakon pengganti. Antara yang terlibat adalah dua orang adiknya, Caleb Walker untuk meniru gerak tubuh Paul, manakala Cody Walker untuk mendapatkan renungan dan bentuk muka Paul.