
TEXAS - Seorang kanak-kanak yang begitu meminati Hobbit digantung sekolah selepas mengugut mampu menghilangkan rakan sekelasnya menggunakan cincin sakti.
Aided Steward, 9, dikatakan mengancam pelajar lain di sekolahnya apabila bergurau memiliki ‘One Ring’ seperti dalam cerita fantasi berkenaan.
Bapanya Jason Steward berkata: “Sukar untuk dipercayai apabila ini berlaku. Rasanya dia mungkin tidak bermaksud apa-apa.
“Kanak-kanak sering meniru aksi yang mereka lihat. Contohnya, saya pernah cuba untuk terbang selepas menonton Superman ketika seusia dengannya.”