Indonesia mengotakan janjinya untuk menenggelamkan kapal-kapal nelayan asing |yang menceroboh perairannya apabila bertindak mengebom tiga buah kapal nelayan Vietnam hari ini.
Menurut media tempatan, ketiga-tiga bot nelayan Vietnam itu ditenggelamkan menggunakan bahan letupan di perairan Pulau Anambas, Kepulauan Riau.
Asap hitam dan serpihan kapal-kapal nelayan itu menyelubungi kawasan perairan selepas operasi letupan itu dilaksanakan.