
Biasanya, kanak-kanak perempuan menghabiskan waktunya untuk sekolah, belajar dan bermain dengan rakan-rakannya. Namun budak perempuan ini berbeza, kerana kecantikannya, dia berkali-kali memenangi kontes pertandingan kecantikan kanak-kanak, hingga menjadi jutawan dan menjalani gaya hidup mewah.
Gadis kecil berambut perang ini bernama Isabella Barrett. Usianya baru 6 tahun, tetapi dia sudah mempunyai wang berkat kerja kerasnya. Berkali-kali ia memenangi pertandingan kecantikan sejak usia muda. Kerana hal itu juga, Isabella dinobatkan sebagai jutawan kecil.