Kes kecurian identiti di USA adalah sangat serius berbanding di Malaysia. Di Malaysia kita mungkin rasa pengunaan MyKad sangat annoying kerana jari kena scan dan MyKad harus dibaca sebelum identiti anda disahkan. Di USA kecurian identiti menyebabkan kerugian berjuta dollar setiap tahun.

Hari ini mari kita tengok kisah pencuri identiti paling LULZY yang berlaku di Des Moines Iowa. Joshua Pinney (30) cuba menggunakan kad debit yang dicuri bagi mendapatkan wang dari sebuah cawangan Bank of America. Kad debit ini dicuri dari tuannya bersama keretanya beberapa hari sebelum itu. Pemilik kad sudahpun memaklumkan kecurian kad milik beliau kepada ban awal-awal lagi pihak bank sudah menelefon polis untuk menangkap Joshua.