
PETALING JAYA: Pihak pengurusan Suria KLCC perlu meletakkan kepentingan negara melebihi sasaran keuntungan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.
Tambahnya beliau sedih mengenai situasi yang perlu dilalui oleh BritishIndia dan pusat beli-belah itu.
"Pada lewat tahun lepas, saya pergi ke pusat beli-belah itu untuk melakukan tinjauan mesra dan saya telah dimaklumkan tentang konflik ini oleh pengurusan BritishIndia.
"Saya segera memaklumkan dengan pegawai yang bersama dengan saya mengenai isu itu dan memberitahunya bahawa ini tidak sepatutnya berlaku dan perlu diperbetulkan," kata Hasan.
Beliau menegaskan bahawa tindakan menggantikan jenama tempatan dengan produk antarabangsa bertentangan dengan kempen 'Beli produk Malaysia' oleh kementerian ini.