Showing posts with label Nabil Umum Tidak Akan Sertai Maharaja Lawak Mega Lagi. Show all posts
Showing posts with label Nabil Umum Tidak Akan Sertai Maharaja Lawak Mega Lagi. Show all posts

Friday, 6 February 2015

Nabil Umum Tidak Akan Sertai Maharaja Lawak Mega Lagi


Nabil raja lawak atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad telah mengumumkan tidak akan menyertai Maharaja Lawak mega lagi selepas ini. Keputusan tersebut adalah muktamat kerana beliau ingin menumpukan dalam bidang lain pula.

“Saya dah buat keputusan ini adalah tahun terakhir saya dalam MLM, sebab saya mahu memberikan fokus pada perkara lain pula. Tahun lepas saya dapat nombor 5 dan saya rasa tidak ada ruang lagi dalam MLM ini.

“Bila dah mula MLM 2014 saya macam tak nak masuk, tapi mereka semua bermesyuarat dan terus bercakap supaya saya masuk lagi pada tahun 2014, sebab kata mereka ini adalah bagus untuk perkembangan karier saya”

“Saya juga siap telefon Dato’ AC bertanyakan padanya adakah perlu untuk saya menyertai MLM, dan dia menjawab saya ialah seorang peserta solo dalam MLM dan akan di tonton oleh berjuta-juta orang, jadi jangan lepaskan peluang,” katanya.