Showing posts with label Pengacara Selamat Pagi Malaysia Dicabul Pengurus Ketika Tidur di Set. Show all posts
Showing posts with label Pengacara Selamat Pagi Malaysia Dicabul Pengurus Ketika Tidur di Set. Show all posts

Tuesday, 7 April 2015

Pengacara Selamat Pagi Malaysia Dicabul Pengurus Ketika Tidur di Set




Penyanyi dan pengacara program Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh, 30, terpaksa memecat pengurus yang lebih sedekad menguruskan karier seninya. Semuanya gara-gara pengurus itu didakwa cuba mencabul kehormatan dirinya, baru-baru ini.

"Selepas berbincang dengan ahli keluarga, saya sudahpun memecat pengurus terbabit lebih dua bulan lalu. Saya pun tidak sangka dia sanggup melakukan perbuatan itu ketika saya tidur. Mujur saya cepat tersedar dan segera menghentikan perbuatannya itu," katanya.Walaupun berat hati untuk berbuat demikian, Iesya terpaksa melakukannya demi menjaga kehormatan diri.