Monday, 1 June 2015

6,000 pekerja kontrak MAS ditamatkan

 6,000 pekerja kontrak MAS ditamatkan



Sepang – Penerbangan Malaysia (MAS) telah menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya pada Isnin dan daripada jumlah itu kontrak 6,000 pekerja akan ditamatkan manakala 14,000 lagi ditawarkan bekerja dengan syarikat baharu Malaysia Airlines Bhd group (MAS Bhd).



MAS akan kekal sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dan bukan sebagai syarikat penerbangan serantau. Ia juga akan mengekalkan semua laluan domestiknya.

MAS Bhd akan dibahagikan kepada tiga divisyen iaitu operasi, fungsi sokongan dan pembangunan dan pelajaran menerusi 12 anak syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller dalam taklimat pada Isnin berkata, divisyen operasi turut membabitkan MAS Wings, Firefly dan MAS Kargo.
Di bawah divisyen fungsi sokongan, terdapat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, MAS Holiday dan Enrich.

Bagi divisyen pembangunan dan pembelajaran, ia melibatkan Akademi Penerbangan Malaysia, latihan kejuruteraan, latihan penerbangan dan laithan operasi.

MAS Bhd mencatatkan jualan sejuta tiket penerbangan setakat ini.

Di bawah tiga fasa pemulihan syarikat penerbangan itu, peringkat pertama akan mulai 2015 sehingga 2017/2018 dengan perkembangan dijangka bermula pada 2017/2018, lapor mStar Online.

No comments:

Post a Comment