Monday, 1 June 2015

Pemain Terbaik Eropah Musim 2014/2015

Pemain Terbaik Eropah Musim 2014/2015

Dengan semua liga bola sepak utama Eropah sudah melabuhkan tirainya pada minggu lepas, sekarang adalah masa paling sesuai untuk membuat penilaian: 10 pemain terbaik Eropah bagi musim 2014/2015.

Penilaian ini dibuat mengikut statistik dan parameter yang ditetapkan oleh Squawka; laman web statistik bola sepak Eropah. Data setiap pemain dibekalkan oleh firma statistik sukan, Opta.

Seperti yang anda jangka, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo awal-awal lagi sudah mengisi dua slot pertama.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa pemain berprofil tinggi yang gagal mendapat tempat dalam senarai ini. Dan ada juga beberapa nama yang mungkin anda tidak kenal.

1. Lionel Messi



Apa lagi Messi mahu?

Setakat artikel ini ditulis, Messi sudah menjaringkan 43 gol, membantu 18 gol (assists) dan mencipta 93 peluang gol untuk Barcelona.

Mengikut Squawka, markah serangannya adalah yang paling tertinggi.



Markah penguasaan bola beliau juga setaraf dengan pemain tengah tertaraf dunia.



Pemain berusia 27 tahun ini berada dalam landasan terbaik untuk memenangitreble bersama Barcelona, Beliau dijangka bakal merampas kembali anugerahBallon d’or pada tahun hadapan.

2. Cristiano Ronaldo



Cristiano bakal menamatkan musim ini tanpa sebarang trofi walaupun telah bermain dengan baik sepanjang musim.

48 gol, 16 bantuan jaringan (assist) dan 225 cubaan tepat ke arah gol dari 35 penampilan merupakan statistik yang tak masuk akal bagi pemain biasa.

Markah serangannya mungkin tinggi (kedua tertinggi selepas Messi) tetapi markah defensif beliau sangat rendah. Berdasarkan statistik ini sahaja, anda boleh menyelesaikan debat Messi vs Ronaldo.



3. Eden Hazard



Pemain Belgium ini merupakan pemain paling bersinar di Liga Perdana Inggeris dan berhak mendapat anugerah Pemain Terbaik Liga oleh pihak PFA.

14 gol yang dihasilkannya bukanlah dijadikan ukuran untuk anugerah ini, namun 100 peluang gol yang diciptanya untuk rakan sepasukannya yang lain adalah angka yang menakjubkan.

Paling menarik, markah defensif beliau yang sangat tinggi bagi penyerang, membuktikan beliau bukanlah pemain sama yang dikritik Mourinho sebagai‘tidak bersedia untuk berkorban’ ketika kekalahan Chelsea kepada Atletico Madrid pada musim lepas.



4. Santi Cazorla



Sejak diberi tugasan baru sebagai deep lying playmaker sejak bermulanya tahun 2015, Cazorla mejadi watak penting dalam setiap perlawanan Arsenal.

11 assists yang dilakukan mungkin tidaklah mengagumkan sesiapa, tapi markahnya dari aspek serangan dan penguasaan bola yang membuatkan pemain ini berada di tangga ke-4 pemain terbaik dunia.



5. Arjen Robben



Walaupun dengan hanya 21 penampilan sahaja bersama Bayern Munich musim ini, Robben muncul sebagai pemain terbaik dari Bundesliga dalam senarai ini. Kecederaan beliau jelas merencatkan prestasi pasukannya sehingga tersingkir Liga Juara-Juara Eropah.

17 gol yang dijaringkannya adalah pencapaian luar biasa Robben jika dibandingkan dengan jumlah penampilan yang dilakukan olehnya.

Kedudukannya di tempat ke-5 banyak dibantu oleh sumbangannya di aspek serangan dan penguasaan bola. Jika tidak kerana kecederaan, kedudukan beliau mungkin lebih baik daripada nombor 5.



6. Neymar Jr.



Kapten Brazil ini sudah menjaringkan 38 gol dan 7 bantuan gol (assists) untuk Barcelona pada musim ini.

Jika anda rasa semua ini sudah cukup untuk meletakkan beliau di kedudukan 5 teratas, anda mungkin terkejut apabila melihat markah serangan beliau hanya melepasi sedikit markah serangan Santi Cazorla.

Lebih mengejutkan, markah defensifnya agak tinggi bagi seorang penjaring gol. Paling tinggi dalam kalangan semua penyerang di Eropah!



7. Sergio “Kun” Aguero



Memang menghirankan apabila Aguero tidak disenaraikan dalam Premier League Team of The Year.

26 gol dalam Liga Inggeris melayakkannya memenangi anugerah kasut emas meninggalkan jauh pencabar terdekatnya, Harry Kane. Hasilnya, markah serangannya adalah paling tertinggi di England.

Tetapi kegagalan Manchester City di bahagian pertahanan dan penguasaan bola memberi impak kepada markah Aguero dalam dua aspek ini.



8. Carlos Tevez



Tevez menjadi watak utama dalam kejayaan Old Lady dalam kancah bola sepak Itali dengan memenangi 2 piala utama, serta memastikan Juventus beraksi di pentas final Piala Liga Juara-Juara selepas berjaya melakukannya kali terakhir lebih sepuluh tahun yang lalu.

29 gol dan 8 bantuan gol (assists) bersama Juventus pada musim ini telah melayakkan Tevez memenangi anugerah Kasut Emas Serie A.

Markah serangan beliau amat tinggi (ke-8 di Eropah). Begitu juga dengan markahnya di aspek penguasaan bola walaupun aspek defensif beliau boleh diperbaiki lagi.



9. Naldo



Satu-satunya pemain pertahanan yang masuk ke senarai ini, Naldo adalah pertahanan veteran yang kental bertahan dan mempunyai teknik sepakan percuma yang hebat.

8 gol dan 4 bantuan gol (assists) dari pertahanan tengah ini adalah testimoni Naldo adalah pertahanan tengah paling lengkap di Eropah.

Markahnya dalam aspek pertahanan agak sederhana (tempat 54 di Eropah).





Tetapi markahnya dalam aspek serangan yang membuatkan beliau muncul dalam senarai ini. Naldo adalah pemain pertahanan yang mempunyai markah paling tinggi dalan aspek serangan.





10. Yann Sommer



Tanyalah peminat bola sepak secara umum: Siapa penjaga gol terbaik di Bundesliga?

Rata-rata mereka akan menyebut nama penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer. Tetapi mengikut Squawka, penjaga gol terbaik di Bundesliga ketika ini adalah penjaga gol Borussia Monchengladbach, Yann Sommer.



Dengan purata nisbah 3.52 save untuk setiap gol dan mempunyai 15 cleen sheet, Yann Sommer merupakan satu-satunya penjaga gol yang berada dalam senarai ini



Sumber: Squawka, WhoScored

No comments:

Post a Comment