Saturday, 28 February 2015

Kim Kardashian Kongsi Gambar Menggoda Rai 27 Juta Pengikut Di Instagram


Demi meraikan jumlah pengikut Instagramnya yang kini sudah pun mencecah sebanyak 27 juta, Kim Kardashian West berkongsikan gambar seksi dan menggodanya yang hanya mengenakan pakaian dalam berwarna merah, menyerlahkan lagi ‘asetnya’. Foto tersebut sudah tentu mendapat pujian ramai lelaki.

Sudut lain kisahnya, Kim dan ahli keluarganya yang membintangi siri realiti Keeping Up With The Kardashians dilaporkan sudah menandatangani kontrak terbaharu siri tersebut yang memberikan pulangan sebanyak RM361 juta buat mereka sekeluarga.

Program tersebut turut dibintangi ibu Kim, Kris Jenner, dan adik-beradik Kim iaitu Kourtney, Khloe, Kendall Jenner dan Kylie Jenner sehingga kini masih lagi menjadi program nombor satu di Saluran E! yang membawa keuntungan buat stesen televisyen tersebut.

Hospital Nafi Pelajar Tingkatan 5 Meninggal Dunia Sebab Cuaca Panas



Minggu ini kita digemparkan dengan kematian seorang pelajar Tingkatan Lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manggis, Banting, Selangor dilaporkan meninggal dunia akibat serangan strok haba yang berpunca daripada cuaca panas, tengah hari semalam.
Menerusi satu laporan polis yang dibuat oleh guru sekolah berkenaan, pelajar terbabit, Arven a/l Navies dikatakan sedang menjalani latihan bola sepak peringkat daerah ketika kejadian berlaku.

Friday, 27 February 2015

Video: Ribuan Fans Bola Bershalawat kepada Rasulullah SAW


REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA: Ribuan fans klub sepak bola Arab Saudi, Al Ittihad FC melantunkan shalawat dan puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAW, Jumat 20 Februari 2015.

Dari video yang diunggah akun Ilmfeed di laman YouTube pada Rabu (24/2), ribuan fans Al Ittihad terdengar melantunkan 'Tala Al Badru Alayna'. Pujian itu dinyanyikan para sahabat Anshar saat menyambut kedatangan Rasulullah SAW ketika beliau hijrah dari Mekkah ke Madinah.

Tuesday, 24 February 2015

Tahniah: Terangganu Sudah Mulakan Operasi Saman Remaja Seksi


KUALA TERENAGGANU: Jika sebelum ini dikatakan Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu(Maidam) akan melakukan penguatkuasaan khusus bagi golongan remaja bukan muhrim yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam di negeri itu.

Nampaknya kata-kata itu telah dikotakan dan menjadi kenyataan selepas tersebar surat saman dilaman sosial yang menunjukkan wanita berpakaian seksi ditempat awam telah di saman.

MH370 Mungkin Akan Ditemui Pada Bulan Mei Nanti



MH370 akan ditemui tidak lama lagi?

Itulah yang dibayangkan oleh Pengerusi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan dimana beliau membayangkan serpihan dan bangkai pesawat MH370 akan ditemui dalam masa terdekat.

Pesawat malang milik Malaysia Airlines itu telah hilang sejak Mac tahun lalu tetapi tanda-tanda untuk menemui pesawat tersebut masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang.

Dolan merupakan orang yang bertanggungjawab dalam operasi mencari MH370 ini dan beliau menjangkakan nasib kapal berkenaan mungkin diketahui menjelang Mei tahun ini.

Beliau juga memberitahu bahawa misteri ketiadaan langsung sebarang serpihan dari kapal jenis Boeing 777-200 itu kini sedang dikaji semula pakar model hanyutan.

Monday, 23 February 2015

Dua Beradik Jalan Kaki Ke Seluruh Semenanjung Untuk Cuci Masjid


Muar: "Kami sudah tiba di Muar dan selepas ini, kami akan berjalan ke di Batu Pahat, Johor Bahru, Mersing dan seterusnya ke pantai timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum ke negeri di utara pula.

"Selepas itu, kami akan kembali ke Selangor untuk menamatkan pengembaraan di Masjid Shah Alam yang juga tempat kami bermula," kata Anas Aiman Jaffry, 27.

Anas ditemui di Pekan Parit Bakar di sini, hari ini, selepas 29 hari memulakan Kembara Berjalan Kaki 1Semenanjung Malaysia Membersihkan Masjid.

Dia melakukan kembara itu bersama adiknya, Muhamad Aidil, 24, dan rakan mereka, Hizammudin Aliddin, 25, serta memulakan kembara di Masjid Shah Alam, Selangor, 24 Januari lalu.

Sehingga ini, mereka sudah membersihkan 19 masjid di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor dan akan berjalan lebih 1,000 kilometer untuk mengunjungi 132 masjid terpilih.

Friday, 20 February 2015

Utamakan Kepentingan Negara, Kata Menteri Kepada Suria KLCC


PETALING JAYA: Pihak pengurusan Suria KLCC perlu meletakkan kepentingan negara melebihi sasaran keuntungan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Tambahnya beliau sedih mengenai situasi yang perlu dilalui oleh BritishIndia dan pusat beli-belah itu.

"Pada lewat tahun lepas, saya pergi ke pusat beli-belah itu untuk melakukan tinjauan mesra dan saya telah dimaklumkan tentang konflik ini oleh pengurusan BritishIndia.

"Saya segera memaklumkan dengan pegawai yang bersama dengan saya mengenai isu itu dan memberitahunya bahawa ini tidak sepatutnya berlaku dan perlu diperbetulkan," kata Hasan.

Beliau menegaskan bahawa tindakan menggantikan jenama tempatan dengan produk antarabangsa bertentangan dengan kempen 'Beli produk Malaysia' oleh kementerian ini.

Thursday, 19 February 2015

Penceramah Bebas, Ustad Wan Ji Ditahan Kerana Beri Ceramah Tanpa Tauliah


KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) malam tadi telah menahan Penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin, 33, kerana memberi ceramah tanpa tauliah

beliau yang merupakan bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PasAS Negeri Selangor telah ditahan semasa memberi ceramah di masjid sekitar Seksyen 17 Shah Alam, Selangor.

Wednesday, 18 February 2015

Rembesan minyak dari tangki penuh antara punca kenderaan terbakar - Bomba


Gambar Hiasan
MARANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan minyak yang penuh di dalam tangki serta berlaku rembesan menyebabkan punca berlakunya kebakaran kenderaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Soiman Jahid, bagaimanapun berkata beberapa faktor lain seperti litar pintas dan sistem pendawaian juga boleh menyebabkan kenderaan terbakar.

Namun, beliau berkata sehingga kini tiada kajian saintifik dan komprehensif dilakukan oleh mana-mana pihak berhubung punca sebenar berlaku kebakaran dan letupan terhadap kenderaan.

"Berdasarkan kajian penyiasatan jabatan bomba dan menerusi hipotesis yang dibuat, pendawaian tidak mengikut spesifikasi asal yang dilakukan pada kenderaan menyebabkan tercetusnya insiden itu (kebakaran).

"Kita juga percaya minyak yang penuh sehingga menyebabkan lelehan dan rembesan pada penutup, menyokong faktor berkenaan sehingga tercetusnya letupan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan siri 1, 2 dan 3/2014, di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wakaf Tapai, di sini hari ini.

Dato AC Mizal Akan Buka Stesen TV Sendiri


Ini berita rare. Pengacara popular, Dato Ac Mizal mengatakan yang dia bakal membuka syarikat penyiarannya sendiri pada April ini. Dasyat juga Ac ni sampai ke situ cita-citanya.

Difahamkan, Ac akan melancarkan stesen tv online pertama di Malaysia dan akan beroperasi pada bulan hadapan.

“Dalam dunia perniagaan ini kita sentiasa buat benda yang kita selalu arif. Macam saya sudah ada hotel di Danok dan Bali. Sekarang masa untuk saya melibatkan diri dalam dunia penyiaran dengan tv online yang akan dilancarkan pada April ini,” katanya memetik Rotikaya.

Selain itu dia juga ada meminta pandangan dari pihak Astro berkenaan rancangannya itu dan dia tetap tidak akan berganjak dari menjadi seorang pengacara stesyen Tv berbayar itu walaupun sudah mempunyai stesen sendiri nanti.

Tuesday, 17 February 2015

Video: Aksi Mencuit Hati Dr. Mahathir Yang Terkejut Melihat Aksi Silap Mata


Tersenyum lebar admin melihat aksi mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Bin Mohammad ini apabila melihat ekspresi muka beliau semasa melihat aksi silap mata.

Mahu tidak senyumnnya apabila aksi Tun tersebut memang lucu dan tidak pernah admin lihat sebelum ini.

Mari kita saksikan video tersebut.

Burger McDonalds tertua di dunia, masih elok biarpun disimpan 20 tahun


Adelaide: Dua lelaki, Casey Dean, 34, dan Eduard Nitz,33, mendakwa memiliki burger paling tua di dunia - makanan yang disimpan mereka sejak 20 tahun lalu.

Pada 1995, Dean yang ketika itu berusia 14 tahun dan Nitz, 13, membeli burger di sebuah restoran Mcdonald’s tempatan, termasuk satu Quarter Pounder untuk kawan mereka yang tidak datang mengambilnya.

Namun, mereka tidak makan burger itu sehingga ke hari ini, setelah 20 tahun.

Dean berkata, dia agak yakin burger itu yang paling tua di dunia.

“Kami berjenaka dengan seorang rakan dengan memberitahunya kami menyimpan burger itu untuknya. Tetapi dia tidak muncul dan kami teringat mengenai burger itu enam bulan kemudian.

Video :Remaja Ditetak Sekumpulan Lelaki Di Bukit Jambul


Seorang remaja yang menghabiskan cuti hujung minggunya di kompleks beli-belah Bukit Jmabul semalam berakhir dengan trgadi selepas beliau telah ditetak oleh sekumpulan lelaki menyebabkannya cedera parah.

Mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami cedera parah akibat ditetak pada awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaki kira-kira pukul 3 pagi itu mangsa yang dikenali sebagai V. Inthiren, 18, dari Paya Terubong di sini, dikatakan baharu sahaja keluar dari panggung wayang di dalam kompleks beli-belah terbabit bersama dua rakannya.

Dia tiba-tiba diserbu oleh sekumpulan lelaki bersenjata parang dan topi keledar yang memukul dan menetaknya,

Kadar Gaji Rendah Punca Kakitangan Awam Culas


TEKANAN perasaan akibat menerima gaji tidak setimpal menjadi salah satu punca kakitangan awam culas dan penyampaian tidak berkesan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, perkara itu kerap terjadi di kalangan kakitangan awam berpangkat rendah.

“Kos sara hidup semakin meningkat, tangga kenaikan gaji pula sepatutnya disemak setiap tiga tahun. Tetapi apa yang berlaku kini, semakan kenaikan gaji setiap sepuluh tahun pun tidak dibuat. Jika gaji mereka rendah, mereka akan mengalami tekanan perasan hingga tiada semangat mahu bekerja dengan komited.

“Kadang-kala mereka terpaksa bekerja lebih masa dan dan ada yang bekerja secara sambilan atau membuat kerja lain untuk menambah pendapatan, jadi kualiti di tempat kerja sendiri merosot,” katanya kepada Sinar Harian.

Buaya Gemuk Mati 'Terlebih Makan'


SEEKOR buaya gemuk berusia 100 tahun mati akibat 'terlebih makan' selepas orang ramai berulang kali mencampakkannya kambing dan ayam berulang kali terhadapnya.

Walaupun pelawat yang berkunjung ke Hazrat Khan Jahan Ali, sebuah tempat yang dianggap suci di selatan-barat Bangladesh percaya memberi makan buaya akan memberi tuah dan nasib yang baik kepada mereka, ia bagaimanapun membawa nasib buruk kepada buaya di situ, yang mati akibat obesiti.

Berat badan haiwan reptilia itu menunjukkan peningkatan mendadak selepas sentiasa diberi makan kerana ramai penduduk kampung terpaksa berdepan kehidupan terdesak dalam iklim ekonomi yang tidak menentu.

Rokok Masjid Negara



Pernah suatu ketika iklan arak dan rokok boleh dipaparkan di dada akhbar dan telivisyen. Tiger show dibenarkan dan ganja boleh dihisap sehingga1974.

Ini zaman mak bapak kita.

Jenama rokok di bawah ada dijual juga dan kami pasti kalau dijual sekarang kilang rokok ini akan dibakar dan owner dimaki hamun di laman media sosial.

Adira Kini Bertudung Penuh



Semalam pun Sheera Iskandar memberikan kenyataan yang sama berhubung keputusan beliau untuk bertudung penuh. Hari ini, Adira AF juga mengambil keputusan yang sama untuk bertudung penuh dan turut sama menafikan ianya ada kena mengena dengan perkahwinan.

GAMBAR USTAZ AZHAR IDRUS KAHWIN - TERKINI


Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga.

Monday, 16 February 2015

Lelaki Ini Sanggup Berhenti Menjadi Jurutera Demi Anaknya



Seorang pengguna Facebook iaitu Fadzil Khairi telah berkongsi kisahnya di laman sosial, ini statusnya.

Lewat ptg semalam sy ke pejabat poslaju Bangi atas urusan mengepos barang pelanggan. Masya Allah ramainya manusia seperti terasa pejabat poslaju sedang buat happy hour je.

Sebelah sy, terdapat sorang kakak dalam lingkungan 30-an bersama 2 orang anaknya yg sedang berlari2 dalam pejabat pos seperti Watson Nyambek yg cuba memintas Usain Bolt. Kakak tersebut memarahi anaknya, namun anaknya buat muka derk sahaja seolah-olah betul-betul berada di dalam trek pecut 100 meter stadium Bukit Jalil.

Ucapan Buat TGNA Di Melbourne Bukan Edit



Semalam tersebar beberapa keping gambar menunjukkan 2 ucapan berbeza buat Allahyarham TG Nik Aziz yang tersebar di laman sosial.Pihak penyebar mendakwa ia dibuat oleh penduduk Melbourne dan ramai mengatakan ia merupakan gambar yang di edit.


Namun sebenarnya ia bukanlah gambar edit dan sememangnya terpampang ucapan tersebut di Melbourne namun cerita sebenarnya bukanlah dibuat oleh penduduk Melbourne.Papan iklan sepanjang 26 meter yang dipasang di Melbourne tersebut merupakan papan iklan khas Hari Valentine bagi memberi peluang kepada sesiapa sahaja memaparkan mesej sempena Hari Valentine kepada kekasih mereka.