Wednesday, 18 February 2015

Dato AC Mizal Akan Buka Stesen TV Sendiri


Ini berita rare. Pengacara popular, Dato Ac Mizal mengatakan yang dia bakal membuka syarikat penyiarannya sendiri pada April ini. Dasyat juga Ac ni sampai ke situ cita-citanya.

Difahamkan, Ac akan melancarkan stesen tv online pertama di Malaysia dan akan beroperasi pada bulan hadapan.

“Dalam dunia perniagaan ini kita sentiasa buat benda yang kita selalu arif. Macam saya sudah ada hotel di Danok dan Bali. Sekarang masa untuk saya melibatkan diri dalam dunia penyiaran dengan tv online yang akan dilancarkan pada April ini,” katanya memetik Rotikaya.

Selain itu dia juga ada meminta pandangan dari pihak Astro berkenaan rancangannya itu dan dia tetap tidak akan berganjak dari menjadi seorang pengacara stesyen Tv berbayar itu walaupun sudah mempunyai stesen sendiri nanti.

“Saya akan meneruskan pekerjaan saya seperti biasa. Lagipun saya merupakan artis Astro dan ini tidak akan menganggu kerja-kerja saya yang lain. Memang susah apabila mahu membuka sebuah stesen baru iaitu dari segi pemasaran. Astro ada juga membantu dari segi pengalaman,” katanya.

Tidak menyangka juga Dato Ac Mizal boleh berperancangan sampai ke tahap itu. Semoga Dato Ac teguh mengharungi cabaran dalam dunia perniagaan kelak.

No comments:

Post a Comment