Thursday, 19 February 2015

Penceramah Bebas, Ustad Wan Ji Ditahan Kerana Beri Ceramah Tanpa Tauliah


KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) malam tadi telah menahan Penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin, 33, kerana memberi ceramah tanpa tauliah

beliau yang merupakan bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PasAS Negeri Selangor telah ditahan semasa memberi ceramah di masjid sekitar Seksyen 17 Shah Alam, Selangor.



"Tadi saya mengajar kelas hadith hukum selepas Maghrib hingga 9.00 malam. Mereka (Jais) merekod segala ceramah saya tadi dan selepas ditahan saya dibebaskan atas jamin mulut (jaminan polis) daripada kawan saya.

"Saya perlu ke Ibu Pejabat Jais pada 23 Februari untuk membantu siasatan," katanya.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Wan Ji sebelum ini pernah ditahan kerana dipercayai menghasut bagi menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui laman sosial Facebook.

No comments:

Post a Comment