Tuesday, 24 February 2015

Tahniah: Terangganu Sudah Mulakan Operasi Saman Remaja Seksi


KUALA TERENAGGANU: Jika sebelum ini dikatakan Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu(Maidam) akan melakukan penguatkuasaan khusus bagi golongan remaja bukan muhrim yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam di negeri itu.

Nampaknya kata-kata itu telah dikotakan dan menjadi kenyataan selepas tersebar surat saman dilaman sosial yang menunjukkan wanita berpakaian seksi ditempat awam telah di saman.



Mereka yang berpakaian kurang sopan ini disaman dibawah seksyen 35 enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Trengganu) 2001.

Sebelum ini, Ketua Penguatkuasaan Syariahnya,Mokhtar Salleh, mengingatkan golongan wanita Islam di negeri ini agar tidak mengenakan pakaian yang terlalu menjolok mata kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan mereka didenda atau dipenjara selama enam bulan

SK ucapkan tanhiah kepada Maidam kerana serius dalam hal ini dan berharap undang-undang ini cepat diwartakan bagi memudahkan penguatkuasa Maidam menjalankan kerja.

Harap dengan pelaksanaan undang-undang Syariah ini akan dicontohi oleh negeri lain.

No comments:

Post a Comment