Tuesday, 13 January 2015
7 Tip Atasi Sihir
Sihir merupakan perbuatan yang berdosa besar dan boleh membawa kepada syirik. Hukum mempelajarinya pula adalah haram.
Apabila seseorang itu disahkan terkena sihir, hendaklah segera mencari rawatan.
Jom Ketahui 7 Tip Bagaimana mengatasi Sihir
Amalkan Al-Mu’awwizat – Nabi Muhammad SAW pernah terkena sihir yang dilakukan oleh Labid bin A’sam. Peristiwa itu berlaku untuk memberitahu dan mendidik kita bahawa terdapat surah di dalam ayat al Quran yang dinamakan Al-Mu’awwizat dimana sesiapa yang beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat itu, maka ia akan menjadi penawar. Insyaallah
Amalkan zikir al-Mathurat – kitab karangan al-Imam Syahid Hassan al-Banna yang menghimpunkan ayat-ayat al Quran dan doa-doa yang sahih yang diajarkan Rasulullah SAW
Amalkan ayat Kursi yang merupakan ayat paling agung di dalam al Quran. Ia adalah pengubat dan penyembuh sihir.
Solat pada awal waktu dan berjemaah adalah amalan utama dari gangguan syaitan dan iblis
Lazimkan diri membaca Isti’azah dan Basmallah dalam setiap pekerjaan
Sentiasa mengekalkan diri dalam zikrullah dan berwuduk
Sihir juga boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama Surah al Baqarah iaitu ayat 255,256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat tersebut adalah :
Surah al_Baqarah 2: 1-6
Surah al-Baqarah 2: 255-257
Surah al Baqarah 2:284-286
Amalkan dengan penuh yakin bahawa ALLAH SWT Maha Berkuasa dan boleh menyembuhkan sihir.- See more at: http://eberita.org/7-tip-atasi-sihir/#sthash.dMkLWjU3.dpuf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment