Saturday, 31 January 2015

Bakal Calon UPSR dirogol dan didapati mengandung 7 Bulan

Bakal Calon UPSR Mengandung 7 Bulan


Gambar Hiasan

JASIN 31 Jan - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun disahkan mengandung tujuh bulan setelah membuat rawatan pemeriksaan di Hospital Jasin semalam.

Bakal calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini difahamkan pernah dirogol dan merahsiakan kejadian malang itu kepada pihak keluarga sehingga disahkan hamil dari pihak hospital berkenaan.

Kejadian berlaku apabila mangsa mengadu mengalami sakit perut ketika di sekolah sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin.

"Dalam laporan itu, mangsa mendakwa dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa.

“Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung tujuh bulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Hasil daripada laporan itu, pihak polis telah menahan seorang warga emas di kediamannya di Selandar pada hari sama laporan diterima.

No comments:

Post a Comment