Friday, 23 January 2015

Fathia Latiff Pilih Jadi Artis Berbanding Kerjaya Sebagai Peguam


Walaupun telah berjaya menamatkan pengajian beliau dalam bidang Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada akhir tahun lalu, Fathia Latiff mengakui tidak berminat untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang peguam bertauliah.

“Alhamdulillah saya telah pun tamat pengajian dalam bidang undang-undang pada akhir tahun lalu namun tidak bercadang untuk meneruskan chambering buat masa ini. Jika saya ingin bekerja dalam bidang itu pun mungkin saya akan pilih menjadi peguam hartanah,” ujarnya.

Pelakon berusia 27 tahun ini juga berkata beliau kini mahu lebih fokus kepada kariernya di dalam dunia seni dan belum menetapkan untuk mengikuti kursus juga latihan kelayakan (chambering) dengan firma guaman bagi membolehkan dia bergelar peguam.


Ketika majlis lantikan beliau sebagai duta haruman terbaru Avon iaitu Only Delight di Hotel Grand Dorsett Subang, Fathia juga menyanyikan sebuah lagu baru berjudul Tanpa Dirimu namun berkata ianya hanya sekadar percubaan dan bukan serius untuk menjadi penyanyi.

“Dari dulu lagi saya memang minat hendak jadi penyanyi dan Tanpa Dirimu adalah bukti bahawa saya boleh menyanyi cuma belum bercadang untuk serius dalam bidang itu. Jika dapat sambutan baik daripada peminat mungkin saya akan pertimbangkan kembali tetapi buat masa ini ia hanya sekadar mencuba dan suka-suka,” tambahnya lagi.


No comments:

Post a Comment