Batu neraka : Batu Dari Burung Ababil Berusia 1,442 tahun
Seorang
lelaki arab yang menemui sebiji batu dikatakan batu sijil atau di
panggil ‘ batu neraka ‘ telah di tawarkan 4 juta usd atau dalam RM12
juta. Tetapi beliau menolak tawaran tersebut. Batu yang mempunyai
lukisan burung dan gajah ini dikatakan batu yang di dijatuhkan burung
Ababil terhadap tentera Abrahah yang mahu meruntuhkan Kaabah.
Bagaimana batu itu ditemui..?
Ketika
dalam perjalanan melalui sebuah gunung berhampiran sempadan Yaman,
seorang lelaki Arab dikenali sebagai Saleh Musfer Al Gamdi telah menemui
sebiji batu yang amat pelik.
Menurut beliau, batu tersebut
mungkin seperti yang telah disebut dalam satu ayat Al-Quran, di mana
Allah telah menghantar burung Ababil untuk membuang batu-batu Sejil
(batu neraka) untuk memusnahkan tentera yang diketuai oleh ketua perang
Abrahah dari Yaman yang mahu meruntuhkan Kaabah di Tanah Suci Makkah.
Setahun
selepas beliau menemui batu tersebut, beliau telah ditawarkan $4
Juta(RM12 Juta) untuk batu tersebut oleh pembida. Batu itu mempunyai
keunikan dimana terdapat lukisan burung dan gajah dan berat 131 gram,
betul-betul sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran
mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.
Pakar
menganggarkan bahawa batu itu berusia sejak hampir 1,442 tahun. Di
samping itu, beliau memberitahu bahawa beliau telah menjumpai batu
tersebut setelah bermimpi ayah dan datuknya, satu lagi sebab untuk
beliau tidak menjualnya.
Semua nya di potpetaje.blogspot.com
No comments:
Post a Comment