Saturday, 20 December 2014
Pendedahan Makna Sebenar Yang Menakutkan Di Sebalik Jenama Monster
Pendedahan Makna Sebenar Yang Menakutkan Di Sebalik Jenama Monster | Sebuah video yang menjelaskan mengenai jenama Monster telah menjadi viral dan popular di laman Youtube beberapa hari yang lepas.
Seorang wanita telah tampil tampil mendedahkan dan menjelaskan secara terperinci maksud sebenar disebalik jenama Monster yang semakin popular dan didakwa mengancam pengganut agama Kristian.
Jenama Monster ini juga dilihat telah menular ke Malaysia terutamanya dalam sukan pemotoran. Jenama Monster ini seringkali ditemui dalam bentuk pelekat kereta dan motosikal. Tidak kurang juga, minuman jenama Monster juga dijual di pasaran selain dari keychain, buah rantai, baju dan pelbagai lagi produk jenama Monster di luar sana.
Namun, pendedahan ini didedahkan untuk pengganut agama kristian tetapi wajar juga untuk umat Islam mengambil tahu dan tidak menggunakan jenama ini lagi selepas ini.
Jenama Monster yang kelihatan seperti huruf M sebenarnya bukan huruf. Jika diperhatikan dengan teliti, logo yang didakwa sebagai huruf M itu sebenarnya tidak pernah bersambung.
Dakwa wanita itu lagi, logo ‘M’ berkenaan di ambil dari abjad Hebrew (ibrani) yang membawa kepada angka 6. Jelas sekali menunjukkan bahawa logo ‘M’ yang digunakan oleh Monster itu adalah nombor syaitan, 666.
Tetapi apa yang lebih menarik adalah pada perkataan MONSTER. Dimana huruf ‘O’ yang digunakan didakwa berbentuk salib yang membuatkan pengguna mungkin menganggap jenama Monster adalah keluaran syarikat individu beragama Kristian.
Namun, wanita terbabit mendakwa ia bukan syarikat milik orang Kristian, sekali gus mempersoalkan apa tujuan pengeluar jenama minum terbabit menggunakan logo salib di produk minuman mereka.
Logo terbabit bukanlah logo salib. Sebaliknya itu adalah logo salib dalam bentuk terbalik yang membawa kepada maksud Anti Christ. Dakwaan itu pula dikaitkan dengan penggunaan logo ‘M’ yang bermaksud 666, nombor syaitan.
Tambahnya lagi, slogan yang digunakan oleh jenama Monster, ‘Unleash The Beast’ juga telah menunjukkan dengan jelas bahawa jenama Monster dikeluarkan oleh golongan Anti Christ yang membawa kepada maksud sebenar, ‘Membebaskan Raksasa’ atau Membebaskan Dajjal.
“Sungguhpun logo ‘M’ bukan masalah di sini, tetapi anda tidak boleh menafikan penggunaan logo salib di dalam Monster. Jika anda minum, hujung minuman tin ini ke atas, logo salib tersebut akan menjadi terbalik dan menjadikan ia nampak jelas seperti logo Anti Christ,” dedahnya.- See more at: http://katakcomel.my/#sthash.SYGiXyCi.dpuf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment