Saturday, 13 December 2014
Biri-biri punyai dua kaki di China
Subanallah! Adakah ini disebabkan mutasi genetik atau kecederaan semasa peringkat perkembangan embrio???
Seekor kambing biri-biri mempunyai dua kaki sejak dilahirkan di sebuah ladang di wilayah Shandong di timur China, lapor sebuah akhbar semalam. Pemilik haiwan itu yang merupakan seorang penternak kambing, Cui Jinxiu berusia 38 tahun menyatakan pada kebiasaannya dia akan menyembelih kambing muda.
Namun, dia tidak sampai hati untuk menyembelih kambing biri-biri tersebut selepas melihat kesungguhan haiwan itu untuk terus hidup.
“Ia berdiri dengan menggunakan dua kakinya dan mula meminum susu ibunya. Saya tidak boleh biarkannya mati,” jelas Jinxiu. Dia dan kambing biri-biri yang seberat 4.98 kilogram ketika dilahirkan itu tidak dapat dipisahkan dengannya.
“Walaupun cuma mempunyai dua kaki, ia dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan berdiri dengan stabil. Ia mengikut saya ke mana sahaja,” kata Jinxiu sambil ketawa. Pakar veterinar memberitahu kecacatan itu mungkin disebabkan oleh masalah genetik atau berpunca daripada pencemaran kimia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment