Monday, 15 December 2014

Hangit! Pocong Juga Mahu Ke Sekolah



Penampakan lembaga dikatakan "POCONG" di sebuah sekolah agama yang mempunyai rekod pelajaran yang cemerlang di sebuah daerah di Terengganu menggemparkan warga sekitar daerah tersebut.Lembaga itu dikatakan melompat melintas jalan berhampiran pondok pengawal terus ke blok kelas.Saksi mata ialah pengawal sekolah yang bertugas dan tiada sebarang tindakan diambil dek kerana melawan hantu dan makhluk sedemikian tidak termasuk dalam skema kerja mereka.Kejadian tersebut berlaku kira-kira 2-3 minggu lepas dan masih menjadi topik perbualan hangat di sekolah tersebut.

(Sekadar gambar hiasan kerana author tidak berpeluang berjumpa sendiri "Pocong" ini )







P/S: Author tahu cerita ini kerana admin berada di dalam sekolah tersebut untuk urusan kerja.Dan selepas kejadian itu pengawal keselamatan meronda berdua untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Pesanan author,makhluk sebegini sememangnya wujud tapi kita tidak perlu takut kerana sebaik-baik ciptaan itu ialah manusia.Wallahu'alam ~

No comments:

Post a Comment