BERAPAKAH UMUR JIN? | Sebahagian dari kita mungkin beranggapan jin tidak akan mati, begitu juga dengan syaitan. Padahal ia bukanlah begitu. Jin dan syaitan juga sebenarnya boleh mati. Mereka disebut dalam firman Allah Ta’ala,
“Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (QS. Ar Rahman: 26-28).
Dalam ayat ini dikatakan bahwa setiap makhluk itu akan binasa (mati), termasuk pula jin dan syaitan.
Dalam Shahih Bukhari, dari Ibnu ‘Abbas berkata bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda;
“Aku berlindung dengan keagungan-Mu yang tiada sesembahan yang berhak disembah selain-Mu dan Engkau tidak mati, sementara jin dan manusia itu mati.” (HR. Bukhari no. 7383 dan Muslim no. 2717). Ini menunjukkan bahawa jin pun boleh mati, termasuk di dalamnya syaitan.
Adapun umur jin dan syaitan itu tiada yang mengetahuinya. Kecuali Iblis Al La’in (yang terlaknat), ia akan tetap hidup hingga hari kiamat sebagaimana disebutkan dalam ayat,
“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, tangguhlah aku sehingga hari mereka dibangkitkan”.Allah berfirman:
“Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh sehingga kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari Kiamat)”.
Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.” (QS. Shaad: 79-83)
Namun untuk selain Iblis, tidak diketahui umurnya. Namun mereka lebih panjang umurnya dari manusia.
Di antara dalil pula yang menunjukkan bahawa jin boleh mati dapat kita lihat dari kisah Kholid bin Walid yang membunuh syaitan betina Al ‘Uzza (yaitu pohon yang dahulu disembah kalangan Arab).
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment