Monday, 15 December 2014
Rahsia Silap Mata Ngeri David Cooperfield Akhirnya Terbongkar
Rahsia Silap Mata Ngeri David Cooperfield Akhirnya Terbongkar | Ahli silap mata paling terkenal di seluruh dunia, David Cooperfield pernah melakukan aksi lagak ngeri dengan memotong badannya kepada dua bahagian dengan menggunakan mata gergaji besar masih lagi boleh hidup dan bergerak-gerak.
Ditambah pula dengan cerita-cerita tentang keanehan David Copperfield semasa berada di Kuala Lumpur untuk persembahan magiknya. Ada yang bercerita David memesan beratus atau beribu telur ayam untuk dihantar ke bilik hotelnya. Kononnya untuk memberi makan jin-jinnya.
Mungkin ramai yang menuduh David me
mbela jin kerana magik yang selalu dilakukannya sangat luar biasa dan di luar fikiran kita.Namun, seorang ‘magician’ yang melihat dan tahu rahsia ini telah membongkarkan rahsia itu kepada orang awam.
Antara magik yang dilakukan oleh David Copperfield yang dianggap lagenda :
1) Menghilangkan ‘Statue of Liberty’
2) Berjalan menembusi Tembok Besar Cina
3) Menghilangkan sebuah keretapi
4) Menghilangkan sebuah kapal terbang
5) David Cooperfield boleh Terbang
6) Terapung di atas Grand Canyon
7) Di belah dengan mata gergaji besar
Ahli silap mata yang membuat magik di mana-mana negara, akan membuat ‘research’ dan ‘study’ tentang masyarakat negara itu.Contohnya di Malaysia, mereka tahu bahawa masyarakat Malaysia seringkali percaya perkara-perkara spiritual, maka mereka akan buat magik yang menunjukkan seolah-olah mereka ini ada membela jin.
Ia hanya sekadar nak main-main agar orang takut. Mungkin juga untuk reputasi. Itu lah juga yang mungkin telah dilakukan oleh David, di mana beliau memesan beratus telur ayam ke biliknya. Mungkin beliau tahu bahawa pekerja hotel itu akan bercerita kepada rakan-rakannya dan sudah pasti akan tersebar berita itu. Kemungkinan itu dilakukan untuk menaikkan lagi namanya.- See more at: http://katakcomel.my/rahsia-silap-mata-ngeri-david-cooperfield-akhirnya-terbongkar/#sthash.hnyme3rZ.dpuf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment