Wednesday, 3 December 2014

Malaysia tetap akan bankrap 2019



Percayakah anda bahawa Malaysia akan bebas daripada bankrupsi setelah GST dilaksanakan?
Imbas kembali kekecohan yang berlaku sejurus amaran Idris menyebabkan orang ramai mengecam pentadbiran Najib yang dilihat telah melakukan salah urus dari segi pengurusan ekonomi.



Namun dinafikan Najib sendiri, timbalannya Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad.

Kelmarin, Najib telah mengulangi semula akan kemungkinan Malaysia akan jatuh muflis. "GST atau kebangkrapan Malaysia" antara tajuk di media/portal internet.

Ramai pakar tidak menolak kemungkinan kebankrapan seperti Greece boleh berlaku kepada Malaysia. Agensi-agensi penilaian seperti Fitch memberi amaran terhadap hutang negara yang mencatatkan rekod tertinggi dan masih lagi bertambah berserta dengan defisit fiskal. Artikel Penuh: malaysia-chronicle

Percayakah anda bahawa Malaysia akan bebas daripada bankrupsi setelah GST dilaksanakan?

Berapakah nilai 27 bilion yang bakal diperoleh daripada GST berbanding dengan perbelanjaan melampau kerajaan sekarang?

Kadar pendapatan negara bagi tahun 2014 dijangka berjumlah RM 224.1 bilion manakala jumlah perbelanjaan kerajaan bagi 2014 pula ialah 262.2 bilion. menunjukkan terelbihan belanja sebanyak 38.1 bilion.

Jumlah itu (pendapatan negara 2014) jika ditambah dengan RM27 bilion hasil GST adalah RM251.1 bilion. Bermakna kerajaan Malaysia masih terlebih berbelanja sebanyakRM11.1 bilion bagi tahun 2014.




Dengan sikap yang terus-menerus boros kebanyakan pemimpin negara, rasanya Malaysia akan tetap bankrup pada 2019 kerana lebihan belanja bagi setiap tahun akan meningkatkan jumlah hutang negara yang ketika ini berjumlah RM547 bilion.

Pada 2019 hutang Malaysia bertambah kepada 1.023 trilion kerana faedah yang wajib dibayar. Jumlah itu tidak termasuk lebihan belanja pada tahun-tahun 2014-2018.

Pengurusan belian oleh kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan yang tidak berhemah sehingga menyebabkan suatu barangan boleh dibeli dengan harga 10-20 kali ganda lebih mahal daripada harga sebenar di pasaran tidak pernah dibendung. Perkara serupa akan muncul setiap kali laporan audit negara didedahkan.

Itu belum termasuk 'mark-up' harga projek mega kerajaan sepanjang 2014 hingga 2019.

Kegagalan membawa pelaburan baru berskala besar ke dalam negara turut memainkan peranan yang bakal menyumbang kepada muflisnya Malaysia 2019.

Lebih menyakitkan ekonomi Malaysia apabila pelabur memilih destinasi baru yang lebih baik berbanding Malaysia.

Berdasarkan angka-angka dan faktor di atas tidak mustahil Malaysia benar-benar akan bankrup pada tahun 2019.... sekiranya tiada perubahan sikap pemimpin negara.

***Kita tunggu pelaburan asing hasil daripada lobi yang dilakukan Rosmah Mansur di Qatar seperti yang didakwa.... wakaka

No comments:

Post a Comment