Thursday, 1 January 2015
Bomoh Penjinak Belut Rasaksa Di Desa Waai
Berbeza dengan belut yang ditemui di paya dan sawah, Morea (belut gergasi) ini hidup di dalam air tawar. Di desa Waai, terdapat tempat mandi-manda dan sumber mata air semulajadi yang bersih yang digunakan sebagai keperluan seharian masyarakat sekitarnya. Air yang mengalir dari sungai kecil ini juga menjadi tempat dimana Morea ini hidup.
Kebanyakan belut tidak suka berenang dan lebih suka bersembunyi di dalam lumpur. Semua jenis belut adalah pemangsa, mangsanya biasanya haiwan-haiwan kecil di paya atau sungai, seperti ikan, katak, serangga, serta serangga kecil. Morea ini mempunyai ciri yang berbeza, suka berenang dan menyukai telur. Selain itu, kebanyakan belut sering menjadi mangsa dan dijadikan makanan. Belut ini, dianggap keramat oleh masyarakat setempat. Dikatakan jumlahnya sekitar 100 ekor.
Seperti belut lain yang suka bersembunyi, belut ini juga bersembunyi di dalam lubang batu atau gua-gua kecil di dasar sungai. Namun kadang-kadang, beberapa ekor belut yang sudah biasa dengan kehadiran manusia di sekitarnya ini, keluar untuk mencari (meminta) makan.
Bagi para pelancong, anda tidak boleh menunggu belut ini keluar begitu sahaja kerana tidak diketahui waktunya. Kakau anda ingin memanggil Morea ini keluar, anda terpaksa memanggil pawang, tetapi bukan sebarang pawang. Pawang-pawang muda ini adalah keturunan pawang-pawang senior. Hanya dengan memercikan air, pawang ini boleh memanggil Morea keluar dari persembunyiannya. Sebagai penghargaan selepas Morea ini keluar, biasanya para pelancong memberikannya telur rebus.
Kalau anda berminat, dengan bantuan pawang, anda dapat menyentuh Morea terus kemudian mengabadikan moment tersebut dengan kamera. Namun jika anda takut, mintalah kepada pawang untuk menemani anda menyetuh bahkan mungkin untuk mendukong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment