Tuesday, 6 January 2015

Jenama Yang Anda Tidak Sangka Dari Malaysia!



Artikel ini pasti membuatkan anda tergamam membacanya kerana anda mungkin tidak percaya apa yang anda lihat!

Seperti orang selalu kata , hidup ini penuh dengan kejutan bukan?

Jika selama ini anda terlalu mementingkan jenama dan barangan luar negara, mungkin anda perlu berfikir sekali lagi kerana artikel ini mungkin mengubah anda.

Sebagai contoh, adakah anda yakin San Francisco Coffee berasal dari San Francisco atau negara barat yang lain ?


Opss…maaf bro, sebenarnya ianya berasal dari Malaysia! Apaaaa???…

Hah…ada 5 lagi jenama yang anda tidak sangka ianya dari Malaysia. Jom kita tengok!

1. BONIA

Ramai yang menyangka Bonia adalah produk Italy. Mungkin kerana namanya yang seakan-akan nama dari Italiy.

Sememangnya jenama Bonia sangat dikenali. Lagi-lagi kualiti produk yang dipersembahkan oleh jenama ini setaraf produk terkemuka antarabangsa. Ini adalah produk yang boleh dibanggakan. Produk Bonia berinspirasikan produk negara Italy.





BONIA Corporation Berhad telah ditubuhkan sejak 1974 oleh S.S. Chiang.

2.San Francisco Coffee

Bermula pada tahun 1997. Restoran ‘coffee’ ini dimiliki oleh Lyndarahim Ventures Sdn. Bhd. dibawah Datuk Abdul Rahim Zin.




Hah, restoran ini kini mempunyai 27 cawangan dalam Malaysia dan Singapura.

3. The Manhattan FISH MARKET



Anda suka menjamu selera di restoran ini?

Restoran ini yang sangat popular ini bukan dari Manhattan yer. Ianya diasaskan oleh George Ang and Dr. Jeffrey Goh.



“People are always surprised when they discover The Manhattan Fish Market is a Malaysian brand. What amazes them more is how well we have performed within such a short span of time,” George Ang, The Star.

4. Fipper



Ini merupakan selipar yang menjadi pilihan zaman ini kerana keselesaan dan reka bentuknya yang ‘simple and nice’.

Ramai menyangka ianya berasal dari California taw.



Pengasasnya ,Jack Lim mencipta jenama ini pada 2008 dan selipar ini berasaskan getah dari Thailand .

5. OGAWA



Nama jenama ini sememangnya menggunakan ayat jepun sehingga tiada yang menyangka dari Malaysia.



Pengasasnya ialah Wong Lee Keong and Lim Poh Khian. Mereka mencipta jenama ini sejak 1996 hingga ianya kini dikenali umum.

Sebenarnya banyak lagi jenama terkenal yang anda tidak sangka berasal dari Malaysia taw. Seperti coklat jenama Beryl’s, Vochelle dan jenama pakaian British India.

Ini menunjukkan produk Malaysia sememangnya berkualiti dan setanding dengan produk antarabangsa.

Jom beli produk tempatan!

No comments:

Post a Comment