Monday, 5 January 2015

PM NAJIB RAZAK TERKENA JANGKITAN E.COLI


PM NAJIB RAZAK TERKENA JANGKITAN E.COLI | Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dilaporkan terkena jangkitan E.Coli yang dipercayai berlaku ketika beliau melakukan lawatan ke beberapa kawasan yang dilanda bencana banjir baru-baru ini.

Menurut kenyataan ringkas Twitter Pejabat Perdana Menteri (PMO) @PMOMalaysia, Najib telah dinasihatkan oleh doktor supaya berehat sebelum boleh kembali menjalankan tugas seperti biasa.
“PM @NajibRazak terkena jangkitan E.Coli semasa lawat kawasan banjir. Doktor nasihat supaya berehat. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin,” kata PMO dalam status terbaru yang dimuat naik di laman sosial Twitternya, Isnin.

Najib sebelum ini telah mengadakan beberapa siri lawatan ke kawasan yang terkesan dengan bencana banjir, terutama di Kelantan dan terbaru di Perak.
Najib dalam reaksi segera kepada status Twitter PMO itu menyatakan melalui akaun Twitternya @NajibRazak bahawa beliau tetap akan memantau perkembangan bencana banjir.

“Saya akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah,” kata Najb- See more at: http://eberita.org/pm-najib-razak-terkena-jangkitan-e-coli/#sthash.7MCBDY3Y.dpuf

No comments:

Post a Comment