Saturday, 14 February 2015
Anak Jackie Chan keluar Penjara Selepas Menjalani Hukuman Penjara Enam Bulan
Beijing: Jaycee Chan, anak bintang filem kung fu Jackie Chan, dibebaskan semalam selepas menjalani hukuman penjara enam bulan atas tuduhan berkait dengan dadah.
Menurut agensi berita Xinhua, Jaycee dibebaskan awal pagi selepas menamatkan hukumannya dengan mengambil penahanannya sejak Ogos tahun lalu.
Jaycee, 32, pelakon dan juga penyanyi didakwa Disember lalu atas tuduhan ‘melindungi orang lain mengambil dadah’ selepas disahkan positif ganja.
Polis berkata, mereka menemui 100 gram dadah itu di rumahnya. Dia sebelum ini berdepan dengan hukuman penjara maksimum tiga tahun.
Dia dijangka mengadakan sidang media di Beijing hari ini.
Selebriti menjadi sasaran utama dalam kempen kerajaan China untuk membanteras penggunaan dadah.
Jaycee antara beberapa selebriti kategori-B, termasuk bintang filem dan televisyen, pengarah serta penulis skrip terkenal yang ditahan tahun lalu oleh pihak berkuasa China atas tuduhan berkait dengan dadah. - Reuters
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment