Monday, 9 February 2015

Bangkai Babi Dibuang Di Perkuburan Islam


Polis Australia sedang menyiasat kejadian kepala dan usus babi yang dibuang ke sebuah kawasan tanah perkuburan Islam di negara tersebut.

Bangkai haiwan itu telah ditemui oleh sebuah keluarga yang melawat seorang saudara mara yang meninggal dunia di tanah perkuburan di Rockingham Regional Memorial Park di Baldivis beberapa hari yang lepas.

“Ia sengaja diletakkan di kawasan itu demi mencetuskan kebencian. Ia satu penghinaan kepada kami,” kata seorang pengunjung yang ingin dikenali sebagai Mira.

Bangkai itu ditemui di bawah papan tanda tanah perkuburan Islam itu dan segera dibuang.

“Kami memandang insiden terpencil ini secara serius dan kami akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden terbabit,” kata seorang jurucakap polis Barat Australia.


Pihak pengurusan tanah perkuburan berkata kejadian itu adalah yang pertama berlaku ke atas kawasan itu. Insiden itu berlaku ketika umat Islam berpuasa sempena Ramadan.

Pengerusi Persatuan Sukan dan Sosial Islam Perth, Iqbal Samnakay berkata pencemaran ke atas mana-mana kawasan tanah perkuburan tidak kira milik umat Islam atau tidak, adalah satu penghinaan.

“Kami mahu tanah perkuburan dijaga dengan baik dan tidak dicemari,” katanya.

No comments:

Post a Comment