Sunday, 15 February 2015
Hutan Belukar Bukit Broga Musnah Dijilat Api
KAJANG: Kawasan reakrasi terkenal di negeri Selangor, Bukit Broga yang terletak di Semenyih telah terbakar pada 4.30 petang semalam.
Perkara ini disahkan oleh Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.44 petang.
Menurutnya, dua balai bomba dan penyelamat(BBP) terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran iaitu BBP Semenyih dan Kajang dikerahkan ke lokasi kejadian membabitkan seorang pegawai dan 11 anggota.
Dikhabarkan api berjaya dikawal pada lewat malam semalam yang menyebabkan hutan belukar Bukit Broga kini sudah botak kerana api merebak begitu pantas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment