Saturday, 14 February 2015
Badan NGO India Bantah Terjemah Al-Quran Dalam Tamil
Badan NGO India Bantah Terjemah Al-Quran Dalam Tamil | Gabungan NGO India membantah terjemahan al-Quran dalam bahasa Tamil, Cina, Inggeris dan Melayu untuk diedarkan kepada orang ramai kerana bimbang ia akan memberi kesan buruk kepada orang bukan Islam di negara ini.
Pengerusi Gerakan Hormat Semua Bangsa dan Agama (RARE) Malaysia, Kannan Ramasamy berkata, cara paling senang untuk menyebarkan naskah tersebut ialah kepada pelajar di sekolah namun pihaknya khuatir akan kekeliruan mengenainya.
“Kenapa harus edar kepada mereka yang bukan Islam? Kami ada kitab kami sendiri," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.
“Kami risau sekiranya kitab suci yang diberi secara percuma kepada kanak-kanak bawah umur di sekolah dan orang bukan Islam, ia akan menimbulkan kekeliruan mengenai agama," tambahnya.
Sebelum ini, akhbar The Star melaporkan program kitab terjemahan “One Soul One Quran” anjuran Yayasan Maklumat dan Khidmat Islamik (IIS) untuk menerbitkan terjemahan al-Quran dalam empat bahasa (Bahasa Tamil, Cina, Inggeris dan Melayu), untuk diedarkan kepada masyarakat
Tambahnya, Jakim juga turut bekerjasama dalam penghasilan kitab terjemahan tersebut. Bagaimanapun ketua pengarahnya Datuk Othman Mustapha dilaporkan tidak mempunyai maklumat tentang perkara itu.
Sehubungan itu, mereka menasihati ibupaba dan anak-anak bukan Islam supaya tidak menerima terjemahan tersebut bagi menjaga pegangan agama masing-masing.
“Bukan Islam ada hak untuk mengamalkan agama kami sendiri dalam keadaan aman dan harmoni,” katanya yang menyentuh Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam adalah agama bagi Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan dan harmoni.
Mereka turut menyeru agar Jakim atau agensi kerajaan berhenti mengedarkan terjemahan percuma kepada kepada masyarakat.
“Mari kita sama-sama mengasihi dan menghormati agama (lain) dan bangsa mengikut tuntutan kepercayaan masing-masing,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment