Thursday, 5 February 2015

Lebih 100 Wanita di Jepun Menjadi Mangsa Rogol Lelaki Menyamar Doktor



TOKYO: Lebih 100 orang wanita di Jepun terpedaya menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang menyamar seorang doktor.

Hideyuki Noguchi, 54, menggunakan iklan bagi memancing mangsanya. Menerusi iklan tersebut orang ramai diminta menjadi sukarela untuk menyertai kajian perubatan berkenaan tekanan darah ketika sedang tidur.

Aktiviti penipuan tersebut sudah dilakukannya selama dua tahun dan berakhir pada November 2013.

Mangsa yang terpedaya akan dibawa ke bilik hotel dan diberi makan ubat tidur. Setelah itu mangsa dirogol malah lebih malang lagi apabila aksi rogol tersebut urut dirakam dan dijual kepada pernerbit filem lucah.

Lelaki tersebut telah berjaya mengaut keuntungan beratus-ratus ribu ringgi hanya dengan aktiviti penipuan tersebut.

Mangsa yang telah dikenalpasti setakat seramai 39 mangsa yang berusia 40-an dari Tokyo, Chiba, Osaka, Tochigi dan Shizuoka.

Pihak polis meramalkan lebih ramai lagi wanita yang akan terpedaya dan menjadi mangsa penipuan ini.

No comments:

Post a Comment