Sunday, 1 February 2015
Yana Samsudin Dan Fadzil Zahari Nikah 13 Februari Ini
Siapa sangka pelakon Yana Samsudin dan Fadzil Zahari sebenarnya sudah merancang perkahwinan mereka.
Pasangan tersebut telah menetapkan 13 Februari ini sebagai tarikh keramat untuk bergelas suami isteri.
Menerusi Berita Harian, Fadzil pernah melamar Yana pada tahun 2010. Namun Yana pada ketika itu masih belum bersedia untuk bergelar isteri.
“Bagaimanapun apabila saya buka mulut sudah bersedia berkahwin tahun lalu, saya tunggu siapa yang melamar dulu. Saya tidak sangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepada saya. Kalau lelaki lain, mungkin sudah lama ‘angkat kaki’ kerana terlalu lama menunggu,” katanya.
Menurut Yana, rombongan meminang yang dihantar oleh Fadzil hanya diketahuinya tiga hari kemudian dan itu pun menerusi gabar yang dihantar oleh kakaknya menerusi WhatsApp.
“Macam nak luruh jantung saya! Sebelum ini Fadzil beritahu mahu bertemu keluarga di Yong Peng.
“Saya tidak terfikir beliau menghantar rombongan meminang. Dalam diam, Fadzil sudah berpakat dengan orang tua saya. Mereka sengaja mahu buat kejutan kepada saya.
“Jujurnya saya berada di persimpangan dilema, terima atau sebaliknya. Bapa menyarankan saya melakukan solat istikharah terlebih dahulu. Keluarga bagi saya tempoh bertenang. Saya buat solat istikarah tapi saya tidak nampak apa-apa. Namun gerak hati saya bagaikan terbuka menerima kehadiran Fadzil. Mungkin inilah petanda yang Tuhan tunjuk dalam menentukan pilihan hidup.
“Agak lama saya termenung, saya fikir kenapa saya harus menolak insan yang betul-betul menyayangi saya? Fadzil dan keluarganya melamar dengan cara adat. Lagipun saya kenal Fadzil ketika saya belum punya apa-apa dan belum popular. Beliau sentiasa berada di sisi ketika jatuh dan kebangkitan saya,” katanya.
Sepertinya dia memang tidak dapat menjangka akan kejutan itu. Bagaimanpun diharap hubungan dan rancangan mereka berjaya kelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment