Wednesday, 4 February 2015
Model Tikam Kembar Kerana Berebutkan Lelaki
CROATIA: Seorang model yang telah menikam kembarnya kerana cemburu apabila ketahui kembarnya itu mempunyai hubungan dengan lelaki yang turut disukainya.
Kembar seiras, Sara Grkovic, 22 dan Dajana menetap bersama ibu mereka di Rijeka.
Ketika kejadian, ibu mereka tiada di rumah kerana ke Jerman sementara itu bapa mereka pula sudah lama menghilangkan diri.
Kejadian itu berlaku ketika mereka sedang bergaduh kemudiannya Sara mencapai pisau di dapur lalu menikam kembarnya itu di bahagian dada sehingga menyebabkan Dajana kini berada dalam keadaan kritikal di hospital.
Jiran mereka berkata, kembar berkenaan sentiasa berhias dan sopan serta sering menyapa jiran tetangga yang lain.
“Mereka bergaduh kerana berebutkan seorang lelaki yang kini menjalinkan hubungan dengan Dajana.
“Sara tidak berpuas hati dengan keadaan itu tetapi kami tidak sangka dia sanggup membunuh kembarnya sendiri,’’ kata jiran berkenaan.
Tambahnya lagi, walaupun mereka adalah kembar tetapi kedua-duanya sering cemburu antara satu sama lain dan sering membandingkan kecantikan masing-masing.
“Kedua-duanya menawan tetapi wanita lain bukan pesaing mereka sebaliknya mereka bersaing antara satu sama lain,’’ katanya.
Sara kini dalam tahanan polis dan bakal dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan cuba membunuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment