Sunday, 8 February 2015

Keutamaan bagi memilih perawat atau doktor bagi Muslimah





Salam, saja nak kongsi kekecewaan yang diluahkan oleh suami salah seorang bekas admin semasa menyambut kelahiran bayi sulung mereka baru-baru nie.

Si suami, sebagai seorang yang mengaji dan faham hukum hakam agama, berusaha mengumpul duit, untuk memastikan isterinya melahirkan di hospital yang bercirikan Islam.. diharapkan doktor perempuan Islam yang akan membantu urusan melahirkan.. malangnya, bila ke hospital tersebut, petugas memberi tahu, yang menguruskan urusan pembedahan ialah doktor lelaki, bukan perempuan... walaupun nama hospitalnya jelas menunjukkan seolah2 mereka nie faham hukum hakam Islam..


Malah apa yang lebih menyedihkan ialah bila nurse yang bertugas seolah2 memandang rendah kepada pasangan nie.. mereka diperli dan di"nasihatkan" bahawa bayaran di hospital mereka nie mahal.. lebih baik dan jimat kalau pi hospital kerajaan..

Ya Allah... Kalau bukan sebab hukum, memang mereka nie tak usaha nak kumpul duit dan pi hospital swasta..!

Aib isteri perlu dijaga! Kalau bukan darurat, selagi boleh, seelok2nya kelahiran hanya diuruskan oleh orang perempuan.. bukan lelaki!

Dan tidak sepatutnya sebuah hospital memandang rendah dan lekeh pelanggan yang datang mendapatkan khidmat mereka.. malang sekali bila nama hospital Islamik tapi apa yang ditawarkan tidak langsung menggambarkan apa yang Islam ajar!

Sudah tiba masanya untuk kita cuba usahakan sebuah hospital mesra muslimah yang betul2 patuh syariah untuk uruskan hal kelahiran. Sebab ini satu perkara penting dan tidak boleh diambil mudah. Kepada pihak hospital yang berkenaan.. berubahlah.. jadikan perkhidmatan yang ditawarkan seindah namamu...

Pelajar2 terutama orang2 perempuan muslim sekalian, tanamkan niat dan usahakan untuk menjadi pelajar cemerlang untuk menggalas amanah sebagai seorang doktor yang faham Islam satu hari nanti. Mudah2an ada perubahan dalam negara kita tak lama lagi. Amin.

No comments:

Post a Comment