Wednesday, 11 February 2015

Pelajar Perempuan Kini Ketagih Telefon Bimbit


Pelajar Perempuan Masa Kini Didapati Ketagih Telefon Bimbit | TOKYO - Kajian terbaru ke atas 618 pelajar dari seluruh Jepun mendedahkan, secara purata pelajar perempuan menghabiskan tujuh jam sehari menggunakan telefon mudah alih dengan 10 peratus daripada mereka menghabiskan masa untuk peranti itu selama sekurang-kurang 15 jam.

Kajian melalui Internet itu dikendali firma keselamatan maklumat Digital Arts mendedahkan, secara bandingan kanak-kanak lelaki seusia mereka pula menggunakan telefon mudah alih hanya lebih empat jam sehari.

Kajian itu juga mendedahkan punca remaja menggunakan telefon mudah alih mereka.

Kebanyakannya menggunakan peranti itu untuk mengakses media sosial seperti Line, aplikasi mesej dan rangkaian telekomunikasi, selain permainan telefon pintar dan menghasilkan video.

Keputusan kajian itu dikeluarkan ketika penularan gejala tidak sihat semakin meningkat dalam kalangan remaja penagih teknologi mudah alih.

Keadaan hampir sama berlaku di China apabila didapati golongan remaja menjadi pengguna melampau telefon pintar.

Kata penganalisis, kecenderungan itu bakal mencetuskan perubahan neurologi dalam badan, sama seperti alkohol dan kokain.

Menurut firma itu, 96 peratus pelajar sekolah tinggi Jepun mempunyai telefon mudah alih, berbanding 60 peratus pelajar sekolah menengah.

Kajian juga menunjukkan hampir setiap empat daripada 10 kanak-kanak di tahun awal sekolah rendah berumur seawal 10 tahun menggunakan telefon genggam.

No comments:

Post a Comment