Saturday, 14 February 2015
Video: Dikasari Pengawal, Budak Mengucap Syahadah & Mengangkat Jari Telunjuk
Semalam Siakapkeli ada menyiarkan berita yang mengejutkan masyarakat Islam sedunia yang mana tiga penuntut Islam terbunuh oleh jiran mereka di Amerika Syarikat.
Kali ini satu kes yang hampir serupa turut berlaku di Sweden. Namun kali ini melibatkan seorang kanak-kanak yang telah dikasari oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah stesen keretapi di Malmo.
Video rakaman kejadian yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia sembilan tahun dihentak kuat pada permukaan lantai oleh pengawal itu. Tindakan itu ternyata mengundang kemarahan orang ramai kerana kekerasan yang dilakukan oleh seorang dewasa terhadap kanak-kanak bawah umur.
Lebih menyemarakkan kemarahan serta semangat umat Islam apabila dalam rakaman tersebut, ketika budak itu diperlakukan sebegitu, budak itu mengucap dua kalimah syahadah sambil mengangkat jari telunjuknya.
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu persuruh Allah,” ujar kanak-kanak tersebut dalam keadaan menangis.
“Budak lelaki tersebut kelihatan tidak melakukan apa apa kesalahan. Tetapi pengawal tersebut menolaknya ke lantai.
“Berat tubuh pengawal tersebut berkemungkinan dalam lingkungan 90 kilogram, tapi dia terus duduk di atas tubuh budak tersebut dan menekan kepalanya terus di lantai,” kata saksi kepada akhbar tempatan.
Berita antarabangsa melaporkan, kedua-dua kanak-kanak itu diperlakukan sedemikian kerana mereka tidak memiliki tiket ketika menggunakan perkhidmatan kereta api.
Susulan daripada kritikan orang ramai, pihak polis kini sedang menjalankan satu siasatan terhadap kejadian itu diatas tuduhan mengasari budak itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment