Monday, 9 February 2015

Pesanan Pertama Tok Guru Nik Aziz Ketika Neelofa Bertemu Dengan Beliau

Neelofa telah bermimpi bertemu Tok Guru semasa 27 Ramadhan yang lalu. Di dalam mimpi itu, Neelofa berada di dalam sebuah masjid berpermaidani warna hijau. Neelofa duduk bersila bertentangan dengan Tok Guru Nik Aziz dan bercakap dengannya. Tetapi apa yang dicakapkan itu, Neelofa tidak tahu. Lalu, dia terus tersedar dalam keadaan hati berdebar dan terus menghubungi orang yang boleh menemukannya dengan Tok Guru.



Pada hari raya, Neelofa mendapat kesempatan bertemu dengan Tok Guru.



Pesanan pertama Tok Guru semasa sesi perjumpaan itu ialah:

“Dunia ini hanya pinjaman Allah SWT kepada kita. Apa yang kamu ada sekarang, apa yang kamu makan, apa yang kamu pakai sekarang, rumah dan kereta kamu hanyalah pinjaman dari Allah. Semua orang bila melalui hari-hari seharian tidak sedar bahawa segala apa kepunyaan kita adalah kepunyaan Allah. Jadi disebabkan lalai tentang ingatan itu banyak benda-benda yang tidak baik kita lakukan.” kata Neelofa.



No comments:

Post a Comment