Monday, 9 February 2015
Pembantu Exco Didakwa Hina Islam Guna Facebook
Satu lagi kes menghina agama melalui laman sosial popular, Facebook telah dikesan yang didakwa milik seorang pembantu kepada seorang wakil rakyat.
Beliau telah memuatnaik sekeping gambar melalui akaun Facebook yang menggunakan nama Alan Tang yang mana gambar berkenaan memaparkan kepala babi panggang yang diapit lemang di sebelah kiri dan ketupat di sebelah kanan dengan kata-kata yang menjemput umat Islam menikmati hidangan itu.
Bagaimanapun, Alan Tang yang merupakan pembantu kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Stulang, Andrew Chen Kah Eng menafikan dirinya terbabit dalam isu menghina Islam ini.
“Saya tidak pernah berniat menghina mana-mana agama dan sebaliknya saya amat berbangga kerana berada di negara yang menerima pelbagai agama seperti Malaysia,” katanya.
Sementara itu, beliau mendakwa turut menerima panggilan ugutan menerusi telefon pada pukul 9 pagi semalam daripada pemanggil yang menggunakan nombor persendirian.
Alan yang kemudiannya menyedari gambar kontroversi itu terus membuat laporan di Balai Polis Taman Pelangi, Johor Bharu pada pukul 4.30 petang hari yang sama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment