Saturday, 28 February 2015

Kim Kardashian Kongsi Gambar Menggoda Rai 27 Juta Pengikut Di Instagram


Demi meraikan jumlah pengikut Instagramnya yang kini sudah pun mencecah sebanyak 27 juta, Kim Kardashian West berkongsikan gambar seksi dan menggodanya yang hanya mengenakan pakaian dalam berwarna merah, menyerlahkan lagi ‘asetnya’. Foto tersebut sudah tentu mendapat pujian ramai lelaki.

Sudut lain kisahnya, Kim dan ahli keluarganya yang membintangi siri realiti Keeping Up With The Kardashians dilaporkan sudah menandatangani kontrak terbaharu siri tersebut yang memberikan pulangan sebanyak RM361 juta buat mereka sekeluarga.

Program tersebut turut dibintangi ibu Kim, Kris Jenner, dan adik-beradik Kim iaitu Kourtney, Khloe, Kendall Jenner dan Kylie Jenner sehingga kini masih lagi menjadi program nombor satu di Saluran E! yang membawa keuntungan buat stesen televisyen tersebut.

Hospital Nafi Pelajar Tingkatan 5 Meninggal Dunia Sebab Cuaca Panas



Minggu ini kita digemparkan dengan kematian seorang pelajar Tingkatan Lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manggis, Banting, Selangor dilaporkan meninggal dunia akibat serangan strok haba yang berpunca daripada cuaca panas, tengah hari semalam.
Menerusi satu laporan polis yang dibuat oleh guru sekolah berkenaan, pelajar terbabit, Arven a/l Navies dikatakan sedang menjalani latihan bola sepak peringkat daerah ketika kejadian berlaku.

Friday, 27 February 2015

Video: Ribuan Fans Bola Bershalawat kepada Rasulullah SAW


REPUBLIKA.CO.ID, JAKARTA: Ribuan fans klub sepak bola Arab Saudi, Al Ittihad FC melantunkan shalawat dan puji-pujian kepada Nabi Muhammad SAW, Jumat 20 Februari 2015.

Dari video yang diunggah akun Ilmfeed di laman YouTube pada Rabu (24/2), ribuan fans Al Ittihad terdengar melantunkan 'Tala Al Badru Alayna'. Pujian itu dinyanyikan para sahabat Anshar saat menyambut kedatangan Rasulullah SAW ketika beliau hijrah dari Mekkah ke Madinah.

Tuesday, 24 February 2015

Tahniah: Terangganu Sudah Mulakan Operasi Saman Remaja Seksi


KUALA TERENAGGANU: Jika sebelum ini dikatakan Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu(Maidam) akan melakukan penguatkuasaan khusus bagi golongan remaja bukan muhrim yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam di negeri itu.

Nampaknya kata-kata itu telah dikotakan dan menjadi kenyataan selepas tersebar surat saman dilaman sosial yang menunjukkan wanita berpakaian seksi ditempat awam telah di saman.

MH370 Mungkin Akan Ditemui Pada Bulan Mei Nanti



MH370 akan ditemui tidak lama lagi?

Itulah yang dibayangkan oleh Pengerusi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan dimana beliau membayangkan serpihan dan bangkai pesawat MH370 akan ditemui dalam masa terdekat.

Pesawat malang milik Malaysia Airlines itu telah hilang sejak Mac tahun lalu tetapi tanda-tanda untuk menemui pesawat tersebut masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang.

Dolan merupakan orang yang bertanggungjawab dalam operasi mencari MH370 ini dan beliau menjangkakan nasib kapal berkenaan mungkin diketahui menjelang Mei tahun ini.

Beliau juga memberitahu bahawa misteri ketiadaan langsung sebarang serpihan dari kapal jenis Boeing 777-200 itu kini sedang dikaji semula pakar model hanyutan.

Monday, 23 February 2015

Dua Beradik Jalan Kaki Ke Seluruh Semenanjung Untuk Cuci Masjid


Muar: "Kami sudah tiba di Muar dan selepas ini, kami akan berjalan ke di Batu Pahat, Johor Bahru, Mersing dan seterusnya ke pantai timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum ke negeri di utara pula.

"Selepas itu, kami akan kembali ke Selangor untuk menamatkan pengembaraan di Masjid Shah Alam yang juga tempat kami bermula," kata Anas Aiman Jaffry, 27.

Anas ditemui di Pekan Parit Bakar di sini, hari ini, selepas 29 hari memulakan Kembara Berjalan Kaki 1Semenanjung Malaysia Membersihkan Masjid.

Dia melakukan kembara itu bersama adiknya, Muhamad Aidil, 24, dan rakan mereka, Hizammudin Aliddin, 25, serta memulakan kembara di Masjid Shah Alam, Selangor, 24 Januari lalu.

Sehingga ini, mereka sudah membersihkan 19 masjid di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor dan akan berjalan lebih 1,000 kilometer untuk mengunjungi 132 masjid terpilih.

Friday, 20 February 2015

Utamakan Kepentingan Negara, Kata Menteri Kepada Suria KLCC


PETALING JAYA: Pihak pengurusan Suria KLCC perlu meletakkan kepentingan negara melebihi sasaran keuntungan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Tambahnya beliau sedih mengenai situasi yang perlu dilalui oleh BritishIndia dan pusat beli-belah itu.

"Pada lewat tahun lepas, saya pergi ke pusat beli-belah itu untuk melakukan tinjauan mesra dan saya telah dimaklumkan tentang konflik ini oleh pengurusan BritishIndia.

"Saya segera memaklumkan dengan pegawai yang bersama dengan saya mengenai isu itu dan memberitahunya bahawa ini tidak sepatutnya berlaku dan perlu diperbetulkan," kata Hasan.

Beliau menegaskan bahawa tindakan menggantikan jenama tempatan dengan produk antarabangsa bertentangan dengan kempen 'Beli produk Malaysia' oleh kementerian ini.

Thursday, 19 February 2015

Penceramah Bebas, Ustad Wan Ji Ditahan Kerana Beri Ceramah Tanpa Tauliah


KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) malam tadi telah menahan Penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin, 33, kerana memberi ceramah tanpa tauliah

beliau yang merupakan bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PasAS Negeri Selangor telah ditahan semasa memberi ceramah di masjid sekitar Seksyen 17 Shah Alam, Selangor.

Wednesday, 18 February 2015

Rembesan minyak dari tangki penuh antara punca kenderaan terbakar - Bomba


Gambar Hiasan
MARANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan minyak yang penuh di dalam tangki serta berlaku rembesan menyebabkan punca berlakunya kebakaran kenderaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Soiman Jahid, bagaimanapun berkata beberapa faktor lain seperti litar pintas dan sistem pendawaian juga boleh menyebabkan kenderaan terbakar.

Namun, beliau berkata sehingga kini tiada kajian saintifik dan komprehensif dilakukan oleh mana-mana pihak berhubung punca sebenar berlaku kebakaran dan letupan terhadap kenderaan.

"Berdasarkan kajian penyiasatan jabatan bomba dan menerusi hipotesis yang dibuat, pendawaian tidak mengikut spesifikasi asal yang dilakukan pada kenderaan menyebabkan tercetusnya insiden itu (kebakaran).

"Kita juga percaya minyak yang penuh sehingga menyebabkan lelehan dan rembesan pada penutup, menyokong faktor berkenaan sehingga tercetusnya letupan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan siri 1, 2 dan 3/2014, di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wakaf Tapai, di sini hari ini.

Dato AC Mizal Akan Buka Stesen TV Sendiri


Ini berita rare. Pengacara popular, Dato Ac Mizal mengatakan yang dia bakal membuka syarikat penyiarannya sendiri pada April ini. Dasyat juga Ac ni sampai ke situ cita-citanya.

Difahamkan, Ac akan melancarkan stesen tv online pertama di Malaysia dan akan beroperasi pada bulan hadapan.

“Dalam dunia perniagaan ini kita sentiasa buat benda yang kita selalu arif. Macam saya sudah ada hotel di Danok dan Bali. Sekarang masa untuk saya melibatkan diri dalam dunia penyiaran dengan tv online yang akan dilancarkan pada April ini,” katanya memetik Rotikaya.

Selain itu dia juga ada meminta pandangan dari pihak Astro berkenaan rancangannya itu dan dia tetap tidak akan berganjak dari menjadi seorang pengacara stesyen Tv berbayar itu walaupun sudah mempunyai stesen sendiri nanti.

Tuesday, 17 February 2015

Video: Aksi Mencuit Hati Dr. Mahathir Yang Terkejut Melihat Aksi Silap Mata


Tersenyum lebar admin melihat aksi mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Bin Mohammad ini apabila melihat ekspresi muka beliau semasa melihat aksi silap mata.

Mahu tidak senyumnnya apabila aksi Tun tersebut memang lucu dan tidak pernah admin lihat sebelum ini.

Mari kita saksikan video tersebut.

Burger McDonalds tertua di dunia, masih elok biarpun disimpan 20 tahun


Adelaide: Dua lelaki, Casey Dean, 34, dan Eduard Nitz,33, mendakwa memiliki burger paling tua di dunia - makanan yang disimpan mereka sejak 20 tahun lalu.

Pada 1995, Dean yang ketika itu berusia 14 tahun dan Nitz, 13, membeli burger di sebuah restoran Mcdonald’s tempatan, termasuk satu Quarter Pounder untuk kawan mereka yang tidak datang mengambilnya.

Namun, mereka tidak makan burger itu sehingga ke hari ini, setelah 20 tahun.

Dean berkata, dia agak yakin burger itu yang paling tua di dunia.

“Kami berjenaka dengan seorang rakan dengan memberitahunya kami menyimpan burger itu untuknya. Tetapi dia tidak muncul dan kami teringat mengenai burger itu enam bulan kemudian.

Video :Remaja Ditetak Sekumpulan Lelaki Di Bukit Jambul


Seorang remaja yang menghabiskan cuti hujung minggunya di kompleks beli-belah Bukit Jmabul semalam berakhir dengan trgadi selepas beliau telah ditetak oleh sekumpulan lelaki menyebabkannya cedera parah.

Mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami cedera parah akibat ditetak pada awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaki kira-kira pukul 3 pagi itu mangsa yang dikenali sebagai V. Inthiren, 18, dari Paya Terubong di sini, dikatakan baharu sahaja keluar dari panggung wayang di dalam kompleks beli-belah terbabit bersama dua rakannya.

Dia tiba-tiba diserbu oleh sekumpulan lelaki bersenjata parang dan topi keledar yang memukul dan menetaknya,

Kadar Gaji Rendah Punca Kakitangan Awam Culas


TEKANAN perasaan akibat menerima gaji tidak setimpal menjadi salah satu punca kakitangan awam culas dan penyampaian tidak berkesan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, perkara itu kerap terjadi di kalangan kakitangan awam berpangkat rendah.

“Kos sara hidup semakin meningkat, tangga kenaikan gaji pula sepatutnya disemak setiap tiga tahun. Tetapi apa yang berlaku kini, semakan kenaikan gaji setiap sepuluh tahun pun tidak dibuat. Jika gaji mereka rendah, mereka akan mengalami tekanan perasan hingga tiada semangat mahu bekerja dengan komited.

“Kadang-kala mereka terpaksa bekerja lebih masa dan dan ada yang bekerja secara sambilan atau membuat kerja lain untuk menambah pendapatan, jadi kualiti di tempat kerja sendiri merosot,” katanya kepada Sinar Harian.

Buaya Gemuk Mati 'Terlebih Makan'


SEEKOR buaya gemuk berusia 100 tahun mati akibat 'terlebih makan' selepas orang ramai berulang kali mencampakkannya kambing dan ayam berulang kali terhadapnya.

Walaupun pelawat yang berkunjung ke Hazrat Khan Jahan Ali, sebuah tempat yang dianggap suci di selatan-barat Bangladesh percaya memberi makan buaya akan memberi tuah dan nasib yang baik kepada mereka, ia bagaimanapun membawa nasib buruk kepada buaya di situ, yang mati akibat obesiti.

Berat badan haiwan reptilia itu menunjukkan peningkatan mendadak selepas sentiasa diberi makan kerana ramai penduduk kampung terpaksa berdepan kehidupan terdesak dalam iklim ekonomi yang tidak menentu.

Rokok Masjid Negara



Pernah suatu ketika iklan arak dan rokok boleh dipaparkan di dada akhbar dan telivisyen. Tiger show dibenarkan dan ganja boleh dihisap sehingga1974.

Ini zaman mak bapak kita.

Jenama rokok di bawah ada dijual juga dan kami pasti kalau dijual sekarang kilang rokok ini akan dibakar dan owner dimaki hamun di laman media sosial.

Adira Kini Bertudung Penuh



Semalam pun Sheera Iskandar memberikan kenyataan yang sama berhubung keputusan beliau untuk bertudung penuh. Hari ini, Adira AF juga mengambil keputusan yang sama untuk bertudung penuh dan turut sama menafikan ianya ada kena mengena dengan perkahwinan.

GAMBAR USTAZ AZHAR IDRUS KAHWIN - TERKINI


Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga.

Monday, 16 February 2015

Lelaki Ini Sanggup Berhenti Menjadi Jurutera Demi Anaknya



Seorang pengguna Facebook iaitu Fadzil Khairi telah berkongsi kisahnya di laman sosial, ini statusnya.

Lewat ptg semalam sy ke pejabat poslaju Bangi atas urusan mengepos barang pelanggan. Masya Allah ramainya manusia seperti terasa pejabat poslaju sedang buat happy hour je.

Sebelah sy, terdapat sorang kakak dalam lingkungan 30-an bersama 2 orang anaknya yg sedang berlari2 dalam pejabat pos seperti Watson Nyambek yg cuba memintas Usain Bolt. Kakak tersebut memarahi anaknya, namun anaknya buat muka derk sahaja seolah-olah betul-betul berada di dalam trek pecut 100 meter stadium Bukit Jalil.

Ucapan Buat TGNA Di Melbourne Bukan Edit



Semalam tersebar beberapa keping gambar menunjukkan 2 ucapan berbeza buat Allahyarham TG Nik Aziz yang tersebar di laman sosial.Pihak penyebar mendakwa ia dibuat oleh penduduk Melbourne dan ramai mengatakan ia merupakan gambar yang di edit.


Namun sebenarnya ia bukanlah gambar edit dan sememangnya terpampang ucapan tersebut di Melbourne namun cerita sebenarnya bukanlah dibuat oleh penduduk Melbourne.Papan iklan sepanjang 26 meter yang dipasang di Melbourne tersebut merupakan papan iklan khas Hari Valentine bagi memberi peluang kepada sesiapa sahaja memaparkan mesej sempena Hari Valentine kepada kekasih mereka.

Scientists Discover Another Earth!


Gregg Prescott, M.S. In5D.com

NASA’s Kepler Space Telescope recently discovered an Earth-like planet orbiting a nearby star within the habitable zone of our galaxy. Kepler-186f is approximately 500 light-years from Earth in the Cygnus constellation.

The habitable zone, also known as the Goldilocks zone, is the region around a star within which planetary-mass objects with sufficient atmospheric pressure can support liquid water at their surfaces. While it has been estimated that there are at least 40 billion Earth-sized planets orbiting in our Milky Way Galaxy, this particular discovery is labeled the first Earth-sized planet to be found in the habitable zone of another star.

Gambar Pakaian Jururawat Nampak Seluar Dalam Berbelang Jadi Viral


Umum mengetahui, jururawat adalah pekerjaan mulia dan ia turut diterjemahkan menerusi uniform putih bersih yang dikenakan penyandang jawatan ini.

Begitu pun dari sudut lain, pakaian yang putih bersih itu begitu mudah ‘tercemar’ oleh warna lain.

Maksud yang lebih jelas.. pakaian warna putih bermakna ia bersifat jarang dan dengan mudah menampakkan apa yang ada di sebalik kain dipakai jururawat yang majoritinya adalah kaum hawa.

Tak hairanlah ada manusia (biasanya kaum Adam) yang pantang ke hospital tak kiralah sebab dia sendiri yang sakit atau melawat oang lain, matanya meliar merenung misi-misi yang ada.

GAMBAR BUDAK SEKOLAH AGAMA PEGANG ANJING VIRAL DI MEDIA SOSIAL


Belum sempat reda isu ' I want to touch a dog' tersebar pula gambar budak-budak sekolah Agama di Johor yang menyentuh anjing, namun gambar tersebut didakwa berlaku sebulan yg lepas.

Berikutan kes tersebut, pihak sekolah telah mengambil tindakan berhubung isu berkenaan termasuk menerangkan tentang hukum menyentuh anjing kepada semua murid untuk mengelakkan perkara sama berulang.

Menurut cerita dari ibu kanak-kanak terbabit, murid di dalam gambar itu baru pulang dari sekolah sebelum ternampak seekor anjing bersama tuannya. Lalu mereka di pelawa menyentuhnya dengan alasan anjing itu jinak.

Suspek Bunuh Penuntut Uitm Permatang Pauh Mula Dibicara


Taiping: Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Eyu Ghim Siang , tertuduh Syarafi Abu, 25, menggelengkan kepala sebagai tanda tidak memahami pertuduhan dibacakan itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Nur Syuhada Johari, 20, penuntut UiTM kampus Permatang Pauh Pulau Pinang di Kilometer 228.2, Lebuhraya PLUS dekat Bukit Gantang, 2 Februari lalu kira-kira 11.55 pagi.

Doktor Hina Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Tampil Mohon Maaf


Sebelum ini bermain di dada-dada laman sosial gambar 'Screenshot' ramai individu-individu yang menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kebanyakkannya menerima kecaman yang hebat.

Dalam banyak-banyak Screenshot hinaan terhadap TGNA itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang doktor yang dikatakan bertugas di sebuah Hospital di Melaka telah menerima pelbagai kritikan bukan sahaja dari Netizen sebaliknya melibatkan agamawan terkenal iaitu Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin.

Mufti perlis itu menyifatkan bahasa yang digunakan sebagai penyandang gelaran doktor sungguh buruk sedangkan Dato Sri Najib pun mengucapkan takziah tetapi beliau sebaliknya menghina TGNA.

Video: Pengganas Malaysia Ancam Mahu Serang Mahkamah


Hari ini tersebar video bahawa satu kumpulan pengganas yang menggelarkan diri mereka sebagai Anak Muda Malaysia dikatakan akan mengadakan bantahan tehadap sistem kehakiman Malaysia.

Berdasarkan rakaman video tersebut mereka dikatakan akan menyerang mahkamah pada pukul 11.30 malam rabu ini.

Berikut adalah percakapan mereka didalam video tersebut.

“Kepada mana-mana parti yang lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.

“Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda,” itu antara kata-kata ugutan oleh kumpulan itu.

Sunday, 15 February 2015

Perbuatan Raja Bomoh Sudah Jatuh Syirik Dan Perlu Ditangkap - Pendakwah Bebas


PETALING JAYA: "Tindakan ‘Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP’ ataupun nama sebenarnya Ibrahim Mat Zain yang melakukan upacara syirik di luar penjara Sungai Buloh baru-baru ini perlulah di ambil tindakan dengan menangkapnya," kata Pendakwah bebas, Datuk Md Daud Che Ngah

Sebelum ini Ibrahim Mat Zain melakukan upacara tersebut selepas mendakwa ada ilmu hitam yang mahu membunuh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam penjara dan perkara tersebut adalah syirik semata-mata.

“Saya ingat Raja Bomoh ini sudah syirik. Tangkap sahaja dia ini. Jabatan Agama Islam jangan ambil masa lebih lama untuk menangkap individu ini."

Hutan Belukar Bukit Broga Musnah Dijilat Api


KAJANG: Kawasan reakrasi terkenal di negeri Selangor, Bukit Broga yang terletak di Semenyih telah terbakar pada 4.30 petang semalam.

Perkara ini disahkan oleh Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.44 petang.

Menurutnya, dua balai bomba dan penyelamat(BBP) terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran iaitu BBP Semenyih dan Kajang dikerahkan ke lokasi kejadian membabitkan seorang pegawai dan 11 anggota.

Dikhabarkan api berjaya dikawal pada lewat malam semalam yang menyebabkan hutan belukar Bukit Broga kini sudah botak kerana api merebak begitu pantas.

Saturday, 14 February 2015

Doktor Pakar Diugut Bunuh Ekoran Isu Kematian Nik Aziz


Bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebastian Phiu: Akibat dari salah faham status update seorang doktor pakar perubatan, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir, beliau diugut bunuh oleh individu berang.

Status update "Alhamdulillah.... Dah tak payah risau kena ludah." menjadi tumpuan pengikut ramai di kalangan mereka marah-marah dan maki hamun di status update tersebut.

Kami menghubungi Dr Abdul Rahman Abdul Kadir untuk mendapatkan cerita yang sebenar dan apa yang beliau maksudkan dengan status tersebut adalah merujuk kepada kenyataan Nik Aziz yang sebelum ini mahu meludah muka ahli UMNO yang ingin menyatukan dua parti besar Melayu iaitu UMNO-PAS.

Anak Jackie Chan keluar Penjara Selepas Menjalani Hukuman Penjara Enam Bulan


Beijing: Jaycee Chan, anak bintang filem kung fu Jackie Chan, dibebaskan semalam selepas menjalani hukuman penjara enam bulan atas tuduhan berkait dengan dadah.

Menurut agensi berita Xinhua, Jaycee dibebaskan awal pagi selepas menamatkan hukumannya dengan mengambil penahanannya sejak Ogos tahun lalu.

Jaycee, 32, pelakon dan juga penyanyi didakwa Disember lalu atas tuduhan ‘melindungi orang lain mengambil dadah’ selepas disahkan positif ganja.

Polis berkata, mereka menemui 100 gram dadah itu di rumahnya. Dia sebelum ini berdepan dengan hukuman penjara maksimum tiga tahun.

Badan NGO India Bantah Terjemah Al-Quran Dalam Tamil


Badan NGO India Bantah Terjemah Al-Quran Dalam Tamil | Gabungan NGO India membantah terjemahan al-Quran dalam bahasa Tamil, Cina, Inggeris dan Melayu untuk diedarkan kepada orang ramai kerana bimbang ia akan memberi kesan buruk kepada orang bukan Islam di negara ini.

Pengerusi Gerakan Hormat Semua Bangsa dan Agama (RARE) Malaysia, Kannan Ramasamy berkata, cara paling senang untuk menyebarkan naskah tersebut ialah kepada pelajar di sekolah namun pihaknya khuatir akan kekeliruan mengenainya.

“Kenapa harus edar kepada mereka yang bukan Islam? Kami ada kitab kami sendiri," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

“Kami risau sekiranya kitab suci yang diberi secara percuma kepada kanak-kanak bawah umur di sekolah dan orang bukan Islam, ia akan menimbulkan kekeliruan mengenai agama," tambahnya.

Video: Dikasari Pengawal, Budak Mengucap Syahadah & Mengangkat Jari Telunjuk


Semalam Siakapkeli ada menyiarkan berita yang mengejutkan masyarakat Islam sedunia yang mana tiga penuntut Islam terbunuh oleh jiran mereka di Amerika Syarikat.

Kali ini satu kes yang hampir serupa turut berlaku di Sweden. Namun kali ini melibatkan seorang kanak-kanak yang telah dikasari oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah stesen keretapi di Malmo.

Video rakaman kejadian yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang berusia sembilan tahun dihentak kuat pada permukaan lantai oleh pengawal itu. Tindakan itu ternyata mengundang kemarahan orang ramai kerana kekerasan yang dilakukan oleh seorang dewasa terhadap kanak-kanak bawah umur.

Lebih menyemarakkan kemarahan serta semangat umat Islam apabila dalam rakaman tersebut, ketika budak itu diperlakukan sebegitu, budak itu mengucap dua kalimah syahadah sambil mengangkat jari telunjuknya.

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu persuruh Allah,” ujar kanak-kanak tersebut dalam keadaan menangis.

Linda Rafar Kecewa Dituduh Riak Kerana Cek RM15,000


Linda dan Mawar bekerjasama untuk koleksi terbaharu tudung jenama Fareeda.

PETALING JAYA: Pelakon Linda Rafar terkilan dengan sikap segelintir pihak yang menuduhnya riak apabila memuat naik gambar sekeping cek bernilai RM15,000 yang diterima daripada Mawar Abdul Karim yang juga anak pengasas tudung jenama Fareeda kerana mengadakan kerjasama dengan mereka baru-baru ini.
Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 37, berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat tidak baik seperti mana didakwa sebaliknya hanya ingin melahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada pihak Fareeda.

"Kebetulan hari tersebut adalah hari jadi saya dan saya memuat naik gambar cek berkenaan semata-mata ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak tersebut kerana terlalu gembira dapat hadiah.

Wawasan 2020 Mungkin Tidak Tercapai - Tun Mahathir


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, negara ini mungkin tidak dapat mencapai Wawasan 2020 yang diilhamkannya jika diukur pencapaian ekonomi Malaysia pada masa ini.

Menurutnya, ini kerana untuk mencapai Wawasan 2020, negara bukan sahaja diukur melalui pendapatan per kapita rakyat tetapi melibatkan kemajuan dalam pelbagai sektor.

“Kalau kita ada nisbah lima orang kaya dengan 1,000 orang miskin boleh dikira sudah baik.

“Jadi untuk capai sasaran ini kita perlu majukan pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, industri serta pengetahuan. Macam-macam pengetahuan kita perlu ada untuk kita capai (status) negara maju," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan bertajuk Dilema Rakyat Malaysia di satu forum sini, semalam.

Beliau berkata, pada masa ini, ramai yang salah faham bahawa hanya ukuran pendapatan rakyat yang perlu dilihat untuk menentukan sama ada Malaysia sudah mencapai negara maju.

PENGURUS BOLA SEPAK PALING CANTIK DI DUNIA

AI RU, PENGURUS KELAB BOLA SEPAK PALING CANTIK DI CHINA | Ai Ru, Pengurus Kelab Bola Sepak Tercantik Dan Termuda Dunia Di China. Dia merupakan seorang pelakon yang mana pernah dinobatkan sebagai pemenang Miss Tourism pada tahun 2009.

Selepas itu dia terus terkenal dalam drama siri yang meletup di negara itu, Naked Wedding Age pada 2011. Baru-baru ini dia mengejutkan negara itu selepas disenaraikan sebagai pengurus kelab bola sepak Sichuan Lidashi FC. Jadi sekarang kelab ini adalah miliknya walaupun dia kelihatan tidak mempunyai banyak pengetahuan dalam sukan bola sepak.



Friday, 13 February 2015

WANITA JALAN TIDAK BERPAKAIAN UNTUK CARI PELANGGAN


 WANITA JALAN TIDAK BERPAKAIAN UNTUK CARI PELANGGAN|Berjalan sambil tanggal pakaian untuk mencari pelanggan.

Itulah tindakan aneh dilakukan seorang wanita warga Indonesia berusia 20-an yang dikesan berjalan dalam keadaan bo gel bermula dari Masjid Negara hingga ke Kampung Attap, di sini.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari, Jumaat lalu, sebelum video dan gambar wanita terbabit mula tersebar melalui aplikasi WhatsApp hingga menimbulkan pelbagai kritikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Harian Metro berkata, wanita terbabit dipercayai adalah pela cur berdasarkan siasatan dilakukan.

“Ketika berjalan, wanita itu dilapor menanggalkan pakaiannya satu persatu untuk menarik perhatian pelanggan sehinggalah dia berbo gel sepenuhnya,” katanya lapor Harian Metro.

Gadis Seksi Hina Kematian TGNA Dikecam Hebat


Gadis Seksi Hina Kematian Nik Aziz | Beberapa orang awek seksi telah menghina kematian Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi pelbagai medium laman sosial.



SEBAB UTAMA ISRAEL MEMBUNUH KANAK-KANAK PALESTIN


 SEBAB UTAMA ISRAEL MEMBUNUH KANAK-KANAK PALESTIN|Perang antara Israel dan Palestin tidak akan ada penghujungnya. Entah sampai bila puak Yahudi Israel akan melakukan kekejaman terhadap warga Palestin, tidak dapat diketahui.

Jumlah mangsa yang telah menjadi korban keganasan perang Israel telah meningkat kepada ribuan nyawa dan 75% dari mereka adalah kanak-kanak dan wanita.

Ramai dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sering menjadi kanak-kanak Palestin sebagai sasaran mereka?

Ada pihak yang mengatakan itu memang tabiat puak Yahudi Israel yang kejam dan biadab sejak azali dan ada juga yang mengatakan mereka (Israel) takut akan perkembangan kanak-kanak Palestin. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan lebih masuk akal. Itulah alasan mengapa Israel sering menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kelompok pejuang Hamas tentunya.

AKHIRNYA TENTERA TURKI DIBENARKAN SOLAT BERJEMAAH SELEPAS 90 TAHUN


KUALA LUMPUR: Tentera Turki dibenarkan untuk menunaikan solat berjemaah selepas dilarang berbuat demikian sejak 90 tahun. Ia diharamkan hampir satu abad yang lalu oleh rejim sekular Mustafa Kemal Ataturk, demikian lapor dailysabah.com.

Mustafa dilantik menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1920. Setahun kemudian, dia telah menamatkan pemerintahan khalifah Uthmaniyah dan menjadikan Turki sebuah republik. Kemudian Mustafa menjadikan dirinya sebagai presiden Turki dan mula mengenakan pelbagai larangan terhadap apa-apa yang bersifat Islam termasuk melarang solat berjemaah dalam kalangan tentera pada tahun 1925.

Islam di Turki terus ditekan dan ditindas sehinggalah parti AKP yang dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan berjaya memenangi pilihan raya umum pada tahun 2002. Erdogan dipilih menjadi Perdana Menteri Turki dan beliau melakukan perubahan sedikit demi sedikit.

Thursday, 12 February 2015

Pekerja Kilang Berjalan 32km Sehari Diberi Hadiah Kereta Mewah


DETROIT – Seorang pekerja kilang, James Robertson yang berjalan kaki lebih daripada 32 kilometer (km) setiap hari untuk ke tempat kerja hampir sedekad yang lalu menerima kejutan apabila dihadiahkan sebuah kereta Ford model terbaharu.

Robertson yang menjadi sensasi di internet dan media massa mengenai kegigihannya berjalan kaki setiap hari untuk bekerja turut menerima sumbangan daripada orang ramai lebih AS$310,000 (RM1.1 juta).

Dia terpaksa berjalan kaki berikutan tidak mampu membeli kereta baharu selepas keretanya rosak sejak sembilan tahun lalu, manakala laluan ke tempat kerja tidak mempunyai kemudahan pengangkutan bas.

Bahaya Tidur Selepas Subuh



Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini.

Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu.

Padah, Tak pasal-pasal kene belasah sebab gambar berbeza dengan orang sebenar...

Gadis Dibelasah Sebab Gambar Berbeza Di Aplikasi WeChat


PUNAH harapan seorang lelaki warga China yang dikenali sebagai Huang apabila gadis jelita dan seksi yang dikenalinya menerusi aplikasi mesej WeChat tidak seperti yang diharapkannya.

Terkini Berita Mengejutkan Hasbullah Awang meninggal dunia... Alfatihah




Datuk Hasbullah Awang (1952 - 2015)

KUALA LUMPUR: Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari.

(17 GAMBAR) MENYAYAT HATI - Ibu Terlanggar Mati Anaknya Sendiri..


(17 GAMBAR) MENYAYAT HATI - Ibu Terlanggar Mati Anaknya Sendiri..

Petang yang sepatutnya menjadi hari yang ceria bagi keluarga ini, berakhir tragedi…



Dan kemalangan yang berlaku ini benar-benar meruntun hati sesiapa yang melihat dan berada di tempat kejadian.

Wednesday, 11 February 2015

Video:Sikap Sebenar Pemandu di Malaysia


Video Pemandu Malaysia Adalah Paling “Berhemah” Di Dunia | KALAU sebut bab pengguna jalan raya di Malaysia, kami yakin kebanyakkan dari anda tahu sikap dan tabiat pemandu di negara ini.

Bukanlah nak memburukkan negara sendiri, tetapi sikap pemandu kita sememangnya kurang berdispilin berbanding dengan negara lain.

Ada yang mengatakan sikap pemandu kita ni akan berubah sama sekali dengan perwatakanya setelah memasuki kereta.

Pendedahan Mengejutkan Azwan Ali Mengenai Zero



Azwan Ali Kongsi Kisah Zero Yang Bangkit Dari Kepayahan | KUALA LUMPUR, 11 FEB 2015: Dari awal lagi, Azwan Ali sudah meramalkan bahawa Zero akan menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014). Ternyata ramalan Azwan Ali benar belaka.

Apabila ditanya mengapa Azwan Ali siang-siang lagi sudah meramalkan Zero sebagai juara MLM2014, jawapannya yang diberikan Azwan cukup mudah.

Kata Azwan Ali:

Video Serigala Jadian Berjaya Di Rakam Di Brazil


Video Serigala Jadian Berjaya Di Rakam Di Brazil | Sebuah rakaman dari kamera pengawal di Brazil menangkap susuk makhluk yang dianggap sebagai manusia serigala sedang berkeliaran di sebuah taman.

Klip video sepanjang 44 saat itu muncul di laman web YouTube. Sebelum daripada ramai yang mendakwa pernah melihat makhluk mengerikan itu di Bandar Sao Goncalo de Campos, berhampiran Kota Feira de Santana, di Negara Bahagian Bahia, seperti yang dilaporkan oleh mirror.co.uk, Rabu (19/2 ).

Makhluk misteri itu pertama kali dilihat oleh seorang lelaki tempatan yang hanya dikenali sebagai Pingo.

Pingo mendakwa makhluk itu berlari ke arahnya, tapi dia berjaya melarikan diri.Dia menggambarkan makhluk itu sebagai raksasa hitam setinggi 1.5 meter.

Balasan Akibat Kejam Terhadap Anjing


Padan Muka! Lelaki Sepak Anjing Dibalas Tuhan ‘Cash’ | ADA yang menggelarnya karma tapi dalam erti kata mudah, ianya adalah perbuatan jahat yang dibalas Tuhan dengan kadar segera atau secara ‘cash’.

Dalam kejadian di bawah yang dirakam pada 1 Februari lalu, seorang lelaki berbaju pink dapat dilihat secara tiba-tiba mengacah mahu menyepak seekor anjing putih yang ketakutan melihat aksinya.

Tapi sebaik sahaja lelaki itu menghayun kakinya sekuat hati mahu menyepak binatang tak bersalah itu dia bagaikan terpelecok, membuatkan mukanya tersembam ke tanah.

Pelajar Perempuan Kini Ketagih Telefon Bimbit


Pelajar Perempuan Masa Kini Didapati Ketagih Telefon Bimbit | TOKYO - Kajian terbaru ke atas 618 pelajar dari seluruh Jepun mendedahkan, secara purata pelajar perempuan menghabiskan tujuh jam sehari menggunakan telefon mudah alih dengan 10 peratus daripada mereka menghabiskan masa untuk peranti itu selama sekurang-kurang 15 jam.

Kajian melalui Internet itu dikendali firma keselamatan maklumat Digital Arts mendedahkan, secara bandingan kanak-kanak lelaki seusia mereka pula menggunakan telefon mudah alih hanya lebih empat jam sehari.

Kajian itu juga mendedahkan punca remaja menggunakan telefon mudah alih mereka.